Tiga kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) cedera parah pada Rabu apabila terkena renjatan elektrik selepas pencawang terbakar di Kompleks Api-Api, di sini.
Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, semua mangsa yang parah, lelaki berusia 25, 28 dan 52 tahun, dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.57 malam dan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.
"Kebakaran membabitkan oil Suiz Gear pada pencawang elektrik yang terbakar dan tiga mangsa parah akibat terkena renjatan elektrik.
"Api berjaya dikawal jam 11.23 malam dan semua dihantar menggunakan kenderaan ambulans ke HQE untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, semua mangsa dipercayai sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan elektrik di pencawang berkenaan.
"Pasukan bomba menggunakan tiga unit alat pemadam api dalam operasi itu," tambahnya.
Ruzaini Zulkepli
Thu Nov 23 2017
Anggota bomba memeriksa keadaan mangsa yang cedera. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Perdana Menteri Jepun tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari.
Pantau Agenda Reformasi: Masa depan ekonomi Malaysia (Forum Ekonomi Malaysia)
Datuk Dr Madeline Berma, Felo Kehormat, Institut Masa Depan Malaysia
Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di Sungai Pinang
Polis menyahaktifkan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan yang ditemukan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, hari ini.
KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.
Harga hartanah di Lembah Klang dijangka naik 4 peratus pada 2025
Peningkatan harga didorong oleh kekurangan tanah di kawasan tersebut, selain kenaikan kos bahan mentah.
Pelaburan NVIDIA kukuh kedudukan Malaysia dalam rantai bekalan chip
Firma teknologi utama seperti NVIDIA, yang memiliki kepakaran dalam cip tujuan khas untuk kecerdasan buatan (AI), adalah bidang kemajuan yang paling pantas.
Pertumbuhan Malaysia dijangka melepasi 5% tahun ini - Amir Hamzah
Negara sudah berada di landasan yang positif, dengan kerajaan berkemungkinan mengatasi sasaran defisit tahun lepas sebanyak 4.3% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Ahmad Faedzal tamat khidmat Ketua Pegawai Eksekutif ISN Februari ini
Ahmad Faedzal Md Ramli akan menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Institut Sukan Negara (ISN) pada 24 Feb ini.
Pengumuman pencalonan Oscars ditunda ke 19 Jan akibat kebakaran di Los Angeles
Akademi turut memanjangkan tempoh pengundian untuk memilih pencalonan selama dua hari sehingga 14 Jan.
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa beri suapan kepada pegawai polis
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memberi suapan wang tunai berjumlah RM3,900 kepada seorang pegawai polis pada 1 Januari lalu.
Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian
Langkah itu bertujuan mengelak insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran sekali gus mengancam keselamatan jemaah.
Sederet 13 rumah di Tanjung Dawai musnah terbakar, seorang cedera
Kejadian turut mengakibatkan seorang lelaki berusia 30-an melecur di bahagian kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.
Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles
Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.
Kebakaran: Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang - Rapid Rail
Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang dan kembali beroperasi pada jam 5.52 petang tadi selepas insiden kebakaran pada Khamis.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
Dewan di Parlimen Korea Selatan terbakar, 500 dipindahkan
Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap.
7 maut dalam kebakaran di bengkel lilin
Tujuh orang maut dalam kebakaran sebuah bengkel lilin di bandar Shubra El-Kheima, wilayah Qalyubia, utara ibu negara Kaherah pada Khamis, menurut Xinhua yang memetik laporan media rasmi.
11 maut dalam kebakaran kafe di Vietnam
Kebakaran kira-kira 11 malam di Pham Van Dong street, daerah Bac Tu Liem dipercayai berpunca daripada bom petrol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.