KOTA BHARU: Perolehan projek kecil secara undian memberi peluang sama rata kepada semua kontraktor G1 hingga G4 sebelum layak mendapat tender penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara.
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata kaedah kerja undi itu memberi manfaat kepada lebih 100,000 kontraktor G1 hingga G4 di negara ini.
"Jumlah kontraktor di Malaysia seramai 140,000 orang dan 80 peratus daripada mereka ialah kontraktor Gred G1 dan G4 yang sebelum ini mempunyai peluang kecil bagi mendapatkan projek.
"Sebelum ini projek penyelenggaraan jalan Persekutuan menggunakan beberapa kaedah lain termasuk tender terbuka, kaedah konvensional atau biasa dan kaedah terpilih," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Menurut Mohd Rosdi, kaedah sebelum ini memberi keraguan dalam kalangan kontraktor walaupun didakwa ada 'ketelusan'.
Kerja undi berkenaan akan menghapuskan keraguan sebelum ini yang terdapat dalam kalangan kontraktor bagi mendapatkan sesuatu projek sekali gus kerajaan sendiri akan mendapat kredit dengan pelaksanaan kerja undi itu.
"Kaedah sebelum ini tidak memberi peluang kepada semua kontraktor untuk mendapatkan projek, seterusnya mereka terpaksa gulung tikar kerana kebanyakan projek dimonopoli oleh kartel," katanya.
Beliau berkata kaedah kerja undi berkenaan juga dibuat melalui konsesi, tetapi kerajaan menetapkan pihak konsesi tidak boleh mendapatkan untung yang tinggi dan hanya boleh mengambil tidak lebih 10 peratus sahaja.
"Kaedah ini kesepakatan antara pihak konsesi, kontraktor dan Kementerian Kerja Raya (KKR) yang bekerjasama dalam merealisasikan pelaksanaan projek.
"Ini idea baharu daripada Kerajaan MADANI dan KKR kerana mencetuskan fenomena dalam sektor pembinaan, selain turut menghargai Kementerian Kewangan," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi kerja-kerja penyelenggaran jalan Persekutuan yang akan dilaksana kontraktor kecil Bumiputera di seluruh negara pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Kerja undi akan menghapuskan keraguan sebelum ini yang terdapat dalam kalangan kontraktor bagi mendapatkan sesuatu projek. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kaedah kerja undi beri peluang sama rata kepada kontraktor
Perolehan projek kecil secara undian memberi peluang sama rata kepada semua kontraktor G1 hingga G4 sebelum layak mendapat tender penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara.