KADAR tontonan rancangan video cetak rompak dalam kalangan rakyat Malaysia semakin menurun sejak 12 bulan lalu.
Kajian terbaharu Pertubuhan Industri Video Asia (AVIA) Menentang Cetak Rompak (CAP) mendapati penurunan sebanyak 64 peratus pengguna melayari laman web cetak rompak.
Kajian diketuai YouGov yang mencerap sikap pengguna Malaysia itu turut mendedahkan 22 peratus menggunakan laman web cetak rompak.
"Lebih daripada separuh iaitu 55 peratus pengguna dalam talian menyedari perkhidmatan cetak rompak disekat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
"AVIA mendapati tindakan itu telah mempengaruhi sikap pengguna terhadap cetak rompak dengan 49 peratus menyatakan mereka tidak lagi menggunakan perkhidmatan tersebut," katanya memetik laporan rapidtvnews.com pada Jumaat.
Dalam laporan sama, 40 peratus dalam kalangan pengguna dalam talian kini jarang melayari perkhidmatan cetak rompak susulan disekat dan 11 peratus pengguna tiada sebarang perbezaan terhadap sikap tontonan masing-masing.
Sekatan itu memberi kesan kepada pengguna yang kini lebih gemar menggunakan perkhidmatan yang sah iaitu 15 peratus menyatakan kini meluangkan masa menonton perkhidmatan tempatan percuma dan 65 peratus luar negara.
Liga bola sepak terkemuka sering menjadi mangsa cetak rompak di Malaysia dan menurut Pengarah Audiovisual Global Liga Bola Sepak Teratas Sepanyol LaLiga, Melcior Soler, pengurangan tersebut adalah kejayaan kepada KPDNHEP.
"Aktiviti cetak rompak hanya menguntungkan organisasi jenayah dan malangnya ia merugikan mereka yang bekerja setiap hari menghasilkan kandungan yang sah untuk semua.
"LaLoga akan terus memerangi masalah cetak rompak dalam talian," katanya.
Agensi
Fri Sep 18 2020
Kadar tontonan kandungan cetak rompak dalam kalangan rakyat Malaysia turun 64 peratus. -Gambar hiasan/Unsplash
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
#NoToLanun: Muat naik secara haram? Anda sedang diperhatikan! - Finas
Finas dan agensi berkaitan telah mengesan sumber dan lokasi tempat tinggal individu yang terbabit termasuk aktiviti memuat naik dan berkongsi di laman sosial.
Kadar tontonan kandungan cetak rompak di Malaysia turun 64 peratus - Kajian
Kajian terbaharu Pertubuhan Industri Video Asia (AVIA) Menentang Cetak Rompak (CAP) mendapati penurunan sebanyak 64 peratus pengguna melayari laman web cetak rompak.
Penggiat seni bersatu hasilkan video menentang lanun cetak rompak
Zizan Raja Lawak, Lisa Surihani, Aaron Aziz, Nam Ron, Sharifah Amani dan Shamsul Cairel adalah antara artis yang terlibat dalam menyampaikan mesej tersebut.