Lebih-lebih lagi dengan kemudahan internet kini, apa saja karya seni yang dihasilkan dilihat lebih mudah dimuatnaik atau dimuat turun secara haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sehubungan dengan itu, penggiat seni telah bersatu hati menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat yang membawa mesej menentang cetak rompak.
Zizan Raja Lawak, Lisa Surihani, Aaron Aziz, Nam Ron, Sharifah Amani dan Shamsul Cairel adalah antara artis yang terlibat dalam menyampaikan mesej tersebut.
Mereka menyeru agar peminat-peminat di luar sana lebih menghargai hasil kerja penggiat seni dengan menjauhi cetak rompak.
Selain perkara ini dilihat boleh menjatuhkan industri seni, kegiatan cetak rompak juga boleh menyebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab meraih keuntungan disebalik penat lelah pengkarya seni.
Kongsi video tersebut di laman media sosial anda agar mesejnya sampai kepada semua.
Baru-baru ini filem KL Gangster 2 telah dimuat naik di laman video perkongsian YouTube sebelum tarikh penayangan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pengarah dan penerbit filem tersebut, Samsul Yusof bersama bapanya Datuk Yusof Haslam telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) untuk siasatan lanjut.