NEW DELHI: Kadar penanaman semula yang lebih baik bagi kawasan kelapa sawit peringkat tua boleh meningkatkan pengeluaran minyak sawit tahunan Malaysia sebanyak 2.5 juta tan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau menyatakan kebimbangan mengenai kadar penanaman semula yang rendah oleh pekebun kecil bebas, yang berjumlah kira-kira 450,000 dan mempunyai kawasan penanaman seluas 1.5 juta hektar.
"Penanaman semula kami mengalami penyusutan ketara. Berdasarkan piawaian industri, kami perlu menanam semula sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus tetapi purata nasional kami hanya kira-kira 1.8 peratus," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Beliau berkata usaha meningkatkan kadar penanaman semula mengikut piawaian industri akan menambah lebih 2.5 juta tan kepada jumlah pengeluaran minyak sawit.
Johari berkata memandangkan Malaysia mengikut piawaian minyak sawit mampan, negara tidak akan membuka kawasan baharu untuk perladangan, sebaliknya akan menumpukan hasil yang lebih tinggi bagi kawasan penuaian semasa seluas 5.7 juta hektar.
Litupan hutan Malaysia, iaitu 54 peratus pada masa ini, tidak boleh berkurang di bawah 50 peratus sebagai sebahagian daripada komitmen iklim negara, katanya.
Beliau berkata Malaysia sedang melaksanakan beberapa inisiatif seperti tumpuan yang lebih besar kepada penyelidikan dan pembangunan, lebih banyak penanaman semula dan penyatuan pegangan daripada kalangan pekebun kecil untuk meningkatkan pengeluaran.
Malaysia mengeluarkan 18.6 juta tan minyak sawit pada 2023 berbanding kira-kira 20 juta tan sedekad lepas.
Sementara itu, Malaysia dan India membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor minyak sawit.
Johari dan Menteri Pertanian India Shivraj Singh Chouhan bertemu pada Khamis untuk membincangkan peluang dalam bidang pertanian secara terperinci, termasuk kerjasama dalam usaha India yang dikenali sebagai Misi Kebangsaan bagi Minyak Makan - Kelapa Sawit.
Mengikut skim yang dilancarkan pada 2021 itu, India menyasar untuk memperluas kawasan penanaman kelapa sawit berlipat ganda sebagai sebahagian usahanya untuk mengurangkan pergantungan kepada minyak makan yang diimport.
Terdahulu, semasa persidangan industri, Johari berkata Malaysia boleh menyediakan kepakaran dalam meningkatkan penanaman kelapa sawit di India.
"Dalam usaha itu, Malaysia boleh menyediakan kepakaran dalam meningkatkan hasil tanaman, menukar tanah yang kurang dimanfaatkan kepada ladang kelapa sawit yang produktif, dan memupuk pertumbuhan penanaman kelapa sawit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Johari berkata Malaysia boleh menyediakan kepakaran dalam meningkatkan penanaman kelapa sawit di India. - Foto BERNAMA
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
Kadar tanam semula lebih baik boleh tingkat minyak sawit Malaysia sebanyak 2.5 juta tan
Usaha meningkatkan kadar penanaman semula mengikut piawaian industri akan menambah lebih 2.5 juta tan kepada jumlah pengeluaran minyak sawit.
Indonesia sedia peruntukan AS$386 juta untuk penanaman semula kelapa sawit
Indonesia memperuntukkan AS$386 juta (AS$1=RM4.74) untuk penanaman semula kelapa sawit di 180,000 hektar ladang pekebun kecil tahun ini, menurut kementerian penyelaras hal ehwal ekonomi.
Lemang periuk kera timbulkan keresahan pencinta alam
Pencinta alam bimbang kerana penuaian kelongsong periuk kera secara keterlaluan boleh membawa kepada kepupusan spesis tumbuhan itu.
Pekebun kecil perlu cari tanaman alternatif selain kelapa sawit
Masalah penurunan harga minyak sawit pada tahun lepas menyebabkan ramai pekebun kecil merasa kesannya dan hanya beberapa syarikat besar sahaja yang mampu meraih keuntungan hasil perdagangan.
Cadangan tanam pokok bukan bemakna kemerosotan hutan asli - Tengku Zulpuri
Program penanaman semula bertujuan untuk memulihkan hutan terosot seperti kawasan diteroka, terbakar ribut dan kawasan bekas lombong.
Manifesto BN: Pelbagai manfaat untuk peneroka Felda
BN menawarkan insentif khas RM5,000 bagi setiap peneroka Felda selain pewujudan geran khas bagi tujuan penanaman semula.
Acara terbesar tanam semula terumbu karang cipta rekod baru
Misi yang bermula sejak 7 pagi itu menyaksikan sejumlah 4,824 terumbu yang berjaya ditanam semula di perairan Pulau Tioman.