Pekebun kecil dan syarikat perladangan di negara ini disaran mencuba menanam tanaman lain yang mempunyai prospek pasaran yang lebih baik bagi menggantikan kelapa sawit yang kini berhadapan dengan masalah ketidaktentuan harga berikutan tekanan di pasaran antarabangsa.
Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata masalah penurunan harga minyak sawit pada tahun lepas menyebabkan ramai pekebun kecil merasa kesannya dan hanya beberapa syarikat besar sahaja yang mampu meraih keuntungan hasil perdagangan komoditi itu.
Menurutnya, antara tanaman yang dilihat mempunyai permintaan yang tinggi termasuk kelapa, nanas, dan buluh.
"Ada syarikat yang telah mula beralih daripada tanaman kelapa sawit kepada kelapa, tetapi tidak banyak. Tanaman kelapa juga boleh mendatangkan keuntungan, malah saya difahamkan setiap tahun kita mengimport kelapa dalam jumlah yang banyak bagi menampung keperluan.
"Jadi ia merupakan sesuatu yang berbaloi untuk kita cuba, begitu juga tanaman lain seperti nenas dan pokok buluh seperti yang ditanam di Pos Lenjang, Cameron Highlands yang boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek The Valley@Bentong di sini pada Sabtu.
Majlis turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Bentong, Wong Tack, Pengerusi Bina Puri Holdings Bhd (Bina Puri), Tan Sri Ir Wong Foon Meng dan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri, Tan Sri Tee Hock Seng.
Pada masa yang sama, kerajaan juga akan menghentikan sebarang pembukaan kawasan penanaman kelapa sawit yang baharu di negara ini dan ia akan dilakukan dengan kerjasama semua kerajaan negeri.
Sementara itu dalam usaha untuk memberikan imej baharu kepada sektor perladangan kelapa sawit negara dan menawan semula pasaran global terutama Kesatuan Eropah (EU), syarikat-syarikat tempatan perlu memainkan peranan utama, katanya.
Antaranya termasuk mempergiatkan usaha penanaman semula dengan menanam lebih banyak pokok di kawasan yang diteroka selain menyumbang kepada pemuliharaan hidupan liar yang merupakan dua isu yang sering dibangkitkan di peringkat antarabangsa selama ini.
Dalam perkembangan lain, Teresa berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi menghantar satu pasukan untuk mengadakan pertemuan bersama jawatankuasa EU bagi membincangkan isu pemboikotan minyak sawit oleh EU.
Jika perkara itu berterusan, beliau sendiri bersama pemimpin Indonesia akan berjumpa dengan ketua negara-negara Eropah untuk menyuarakan bantahan.
--BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2019

Jika pemboikotan minyak sawit oleh EU berterusan, Kok berkata, beliau sendiri bersama pemimpin Indonesia akan berjumpa dengan ketua negara-negara Eropah untuk menyuarakan bantahan. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

PRN: MUDA pilihan alternatif tapi sukar bawa impak - Penganalisis
Kehadiran MUDA dalam PRN memberikan alternatif kepada pengundi tetapi sukar memberi kesan kepada keputusan pilihan raya berkenaan.

Kerajaan kena cari jalan cukupkan bekalan, rakyat tak banyak pilihan - CAKE
Pengguna sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan atau alternatif, dan kerajaan perlu menumpukan usaha terhadap mencukupkan bekalan, mengawal harga serta kualiti bahan.

Penternak ayam kampung tidak menang tangan
Pengguna mula beralih kepada ayam kampung sebagai alternatif, memandangkan ia mudah diperoleh.

Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu
SOP itu akan membolehkan SATU bertindak dengan lebih teratur dan menggunakan semua alternatif yang ada untuk membekalkan air bersih.

Jangan main politik, rakyat lega dengan jaminan Hishammuddin - Penganalisis politik
Jaminan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein benar-benar melegakan rakyat.

Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan antivaksin
Mereka mahu menjual produk-produk yang didakwa menggantikan vaksin COVID-19 seperti Vitamin C, Magnesium atau pelbagai jenis minyak.

Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar
Ia menjadi tempat menyimpan air alternatif untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.

Puspakom Cheras ditutup sementara berikutan penularan COVID-19
Puspakom Sdn Bhd cawangan Cheras ditutup sementara bermula esok hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Piala Malaysia: MKN perlu perhalusi semula keputusan, kata Ahli Parlimen
Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu perhalusi semula keputusan untuk tidak membenarkan saingan Piala Malaysia 2020 dilangsungkan.

Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara
Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya LRA dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.