SANDAKAN: Kabinet Sabah bersetuju untuk menamakan semula Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet negeri pada 5 Oktober lalu.
“Keputusan ini adalah bagi mengiktiraf peranan kementerian selama ini dalam menyelaraskan hal ehwal pendidikan dan hal ehwal Islam di Sabah.
“Semoga dengan ini dan bersempena pada hari yang mulia ini, Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan akan terus bekerja keras untuk memajukan hal ehwal berkaitan pendidikan dan Islam di negeri ini,” katanya sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022M di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Ahad.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri 1444H/2022M diramsikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata, sifat Rasulullah SAW sejak zaman remajanya berdikari dengan berdagang dan menggembala kambing sebagai sumber pendapatan bagi menyara kehidupan perlu dicontohi umat Islam khususnya anak-anak muda di Sabah
Nasihat beliau, semua yang dilakukan Rasulullah SAW sebagai upaya mengurangkan kebergantungan hidup kepada orang lain di samping tidak mahu menyusah dan mengharapkan belas kasihan orang sekeliling.
"Justeru, bersesuaian dengan citra kelahiran dan perutusan Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat yang memacu perubahan dan pembaharuan, seharusnya umat Islam hari ini memiliki tekad serta kaedah baharu dalam mengharungi cabaran semasa.
"Antara lain tekad dan kaedah yang dimaksudkan itu adalah memiliki kemampuan berusaha dan berdikari bagi mengelakkan kebergantungan umat Islam terhadap orang lain,” katanya.
Hajiji juga mahu tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran, dijadikan pegangan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan keluarga Malaysia di negeri ini.
“Tema ini amat sesuai dengan kita di Sabah, sebuah Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tetapi masih mampu mengekalkan perpaduan dan bersatu padu demi keamanan serta kemakmuran negeri ini,” katanya.
Radhi Muslim
Sun Oct 09 2022
![Kabinet setuju namakan semula Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan - KM Sabah Kabinet setuju namakan semula Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan - KM Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665289515_TBHAJIJI.jpg)
Hajiji berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet negeri pada 5 Oktober lalu.
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
![Rombakan kabinet Hajiji dapat restu daripada PM - Jeffrey Kitingan Rombakan kabinet Hajiji dapat restu daripada PM - Jeffrey Kitingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670235430_TBKITIJEFF.jpg)
Rombakan kabinet Hajiji dapat restu daripada PM - Jeffrey Kitingan
Jeffrey ketika ditemui berkata beliau turut gembira dengan penglibatan wanita dan ADUN PH dalam kabinet negeri Sabah.
![Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649177053_TBmasidimanjun.jpg)
Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan
Kabinet Sabah akan menetapkan polisi baharu sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China.
![Kabinet setuju namakan semula Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan - KM Sabah Kabinet setuju namakan semula Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan - KM Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665289515_TBHAJIJI.jpg)
Kabinet setuju namakan semula Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan - KM Sabah
Kabinet Sabah bersetuju untuk menamakan semula Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan berkuat kuasa serta-merta.
![Tempoh KM dua tahun, Kabinet Sabah secara dasar luluskan tetapi perlu sokongan ADUN Tempoh KM dua tahun, Kabinet Sabah secara dasar luluskan tetapi perlu sokongan ADUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647922318_DatukAbidinbinMad.jpg)
Tempoh KM dua tahun, Kabinet Sabah secara dasar luluskan tetapi perlu sokongan ADUN
Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan meminda Perlembagaan Negeri bagi mengehadkan pelantikan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600182007_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Baki menteri Kabinet Sabah diumum Hajiji minggu depan - Jeffrey Baki menteri Kabinet Sabah diumum Hajiji minggu depan - Jeffrey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601619386_JeffreyKitingan.jpg)
Baki menteri Kabinet Sabah diumum Hajiji minggu depan - Jeffrey
Pengumuman tersebut bagaimanapun akan dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor secara berperingkat.
![Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41601353474_sabahmemilih.jpg)
Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah
Bung Moktar mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada sekitar jam 10.40 pagi pada Selasa.
![Kabinet Sabah: Dua kementerian baharu bakal diwujudkan Kabinet Sabah: Dua kementerian baharu bakal diwujudkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526188752_Shafie.jpg)
Kabinet Sabah: Dua kementerian baharu bakal diwujudkan
Kabinet Sabah akan menyaksikan dua kementerian baharu akan diwujudkan dalam usaha melonjakkan lagi pentadbiran dan pembangunan dalam pelbagai bidang di negeri itu.