Seorang juruelektrik yang sebelum ini dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol gadis bawah umur, dijatuhi hukuman penjara lima tahun setengah oleh
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini semalam.
Hakim Datuk Seri Zakaria Sam menetapkan hukuman itu selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM25,000 pada Ogos lepas.
Dalam penghakimannya Zakaria berkata persetujuan mangsa (melakukan hubungan seks) tidak boleh diambil kira dalam kes rogol dan tertuduh tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap mangsa.
Pada 20 Julai, Chuah mengaku bersalah merogol teman wanitanya yang ketika itu berusia 12 tahun di flat kediamannya di Air Itam, di sini antara 7 pagi dan 1 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan antara 2.25 petang dan 2.45 petang keesokan harinya.
Chuah didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun pada Ogos lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah atas alasan faktor usia tertuduh yang masih muda dan ia adalah kesalahan pertamanya.
Penghakiman itu dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan, Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas Noor Afizal mengaku bersalah merogol gadis berusia 13 tahun.
Pihak pendakwaan kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi bagi mengenepikan penghakiman Mahkamah Sesyen itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit dan Awang Armadajaya Awang Mahmud manakala Chuah diwakli peguam P. Ashokumar.
Bernama
Tue Nov 20 2012
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Juruelektrik dipenjara lima tahun setengah rogol gadis bawah umur
Seorang juruelektrik yang sebelum ini dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol gadis bawah umur, dijatuhi hukuman penjara lima tahun setengah.