KUALA LUMPUR: Sehingga April 2024, jumlah penganggur dalam negara menyaksikan sedikit penurunan kepada 566.4 ribu orang.
Jumlah berkenaan sekali gus mencatatkan kadar pengangguran dalam negara sebanyak 3.3 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, sebanyak 79.7 peratus daripada jumlah penganggur merupakan penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan.
Dalam kalangan penganggur aktif pula, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan merangkumi 61.7 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun adalah sebanyak 6.7 peratus.
Jabaran berkenaan turut merekodkan, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun tidak berubah iaitu pada 10.6 peratus pada April 2024, merekodkan 305.9 ribu penganggur.
Sementara itu, bilangan penduduk bekerja pada bulan April 2024 terus merekodkan peningkatan dengan pertumbuhan bulan ke bulan sebanyak 0.1 peratus kepada 16.56 juta orang berbanding bulan sebelumnya.
“Pasaran buruh pada bulan April 2024 kekal stabil, mencerminkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang menggalakkan.
“Oleh itu, bilangan tenaga buruh pada April 2024 meningkat sebanyak 0.1 peratus, mencatatkan 17.12 juta orang (Mac 2024: 17.10 juta orang), dengan kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.3 peratus seperti pada bulan sebelumnya,” kata Uzir.
Mengulas lanjut kedudukan guna tenaga, Uzir berkata, kategori pekerja merangkumi 75.1 peratus daripada jumlah penduduk bekerja pada bulan April 2024.
Kumpulan ini, kata beliau, meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 12.43 juta orang.
“Pada masa sama, kategori penduduk bekerja sendiri terus berada pada trend menaik, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 0.3 peratus kepada 3.04 juta orang,” jelas beliau lagi.
Berhubung guna tenaga mengikut sektor ekonomi pula, sektor perkhidmatan terus merekodkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja, terutamanya dalam aktiviti maklumat dan komunikasi; perkhidmatan makanan dan minuman serta pengangkutan dan penyimpanan.
Trend yang sama dalam bilangan penduduk bekerja juga dilihat dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta sektor pertanian pada bulan tersebut.
Najib Aroff
Mon Jun 10 2024

Mohd Uzir berkata, sebanyak 79.7 peratus daripada jumlah penganggur merupakan penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan. - Gambar fail

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Muhammad Hafiz rangkul gelaran antarabangsa pertama di Dubai
Muhammad Hafiz mendahului kedudukan selepas lapan permainan dengan melakukan 1,744 jatuhan pin di Pusat Boling Antarabangsa Dubai, Al Mamzar.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bilangan penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus pada Oktober - DOSM
Bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 16.72 juta orang pada Oktober lepas daripada 16.69 juta orang direkodkan pada September.

Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.

Kadar pengangguran turun kepada 3.2 peratus pada Ogos - DOSM
Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh DOSM merekodkan kadar pengangguran pada 3.3 peratus.

Pengangguran terus menurun pada suku kedua 2024
Pengangguran terus menurun pada suku tahun kedua 2024 (ST2) sejajar peningkatan permintaan terhadap buruh dalam sektor ekonomi, menurut Sorotan Pasaran Buruh ST2 2024 yang dikeluarkan hari ini.

Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada suku kedua tahun ini mencatatkan trend positif dengan peningkatan sebanyak 1.1 peratus kepada 17.15 juta orang berbanding 16.96 juta orang pada suku pertama tahun ini.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7080/7100 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7180/7210 pada Rabu.

Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.

Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.

Jumlah penganggur dalam negara menurun 565,000 pada April
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun tidak berubah iaitu pada 10.6 peratus atau 305.9 ribu penganggur pada April 2024.

Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.