KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan data ekonomi AS yang lemah menyebabkan mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit meningkat, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7080/7100 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7180/7210 pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Rashid berkata halangan seterusnya adalah data Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat.
"Anggaran konsensus menetapkan data NFP AS pada 189,000 untuk Jun, lebih rendah berbanding 272,000 pada Mei, sementara kadar pengangguran di AS dijangka kekal pada 4.0 peratus," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam menyatakan ringgit cuba untuk melepasi paras RM4.71.
"Bagaimanapun jangkaan terhadap Rizab Persekutuan (Fed) yang cenderung kepada dasar monetari agresif telah menyebabkan ringgit kekal diniagakan dalam jajaran yang sempit," tambahnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9195/9209 daripada 2.9149/9169 ketika ditutup pada Rabu dan melepasi paras RM6 berbanding pound Britain apabila ditutup kepada 6.0022/0048 daripada 5.9895/9933 semalam.
Ia juga jatuh berbanding euro kepada 5.0837/0859 daripada 5.0737/0770 sebelumnya.
Ringgit juga ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN yang lain.
Ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 288.2/288.5 daripada 288.1/288.5 pada Rabu, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4830/4848 daripada 3.4778/4803 semalam dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.8483/8590 daripada 12.8346/8466 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN yang lain. - Gambar fail/Bernama

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.

Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit berada pada 4.4470/4530 berbanding dolar AS daripada 4.4475/4525 pada Jumaat lepas.

Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.

Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.

Ringgit ditutup tinggi disokong penurunan hasil bon Amerika Syarikat
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4495/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada penutup Jumaat.

Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.