PUTRAJAYA: Jumlah penduduk bumiputera pada tahun ini dianggarkan seramai 21.13 juta dengan kadar pertumbuhan sebanyak 1.1 peratus daripada 20.9 juta orang tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM dalam kenyataan memaklumkan, jumlah penduduk lelaki ialah 10.69 juta mengatasi perempuan dengan 10.44 juta dengan nisbah jantina adalah 102 lelaki berbanding 100 perempuan.
"Dari segi perangkaan demografi, bilangan kelahiran hidup bagi bumiputera pada 2021 adalah 357,140 dengan jangkaan hayat ketika lahir adalah 70.5 tahun bagi lelaki dan 74.7 tahun bagi perempuan.
"Sementara itu, kadar kesuburan jumlah bagi seorang wanita bumiputera adalah 2.1 pada 2021 berbanding 2.2 pada 2020," menurut kenyataan itu.
Statistik Bumiputera 2022 diterbitkan buat julung kali semalam, yang memaparkan statistik berkaitan bumiputera dalam bidang sosial dan ekonomi di peringkat nasional dan negeri dari 2017 hingga 2022.
Menurut DOSM, bilangan kematian bagi bumiputera yang dicatatkan pada 2021 adalah 138,868 kematian dengan tiga sebab utama kematian yang disahkan secara perubatan adalah jangkitan COVID-19 dengan 17,654 kematian, penyakit jantung iskemik (13,563) dan pneumonia (10,914).
Mengenai tenaga buruh, seramai 9.26 juta tenaga buruh pada 2021 adalah bumiputera yang terdiri daripada 5.58 juta lelaki dan 3.68 juta perempuan.
"Pada 2021, berdasarkan pencapaian pendidikan, sumbangan tenaga buruh bumiputera yang berpendidikan peringkat menengah dan ke bawah adalah 64.8 peratus manakala 35.2 peratus tenaga buruh bumiputera berpendidikan tinggi," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan, kadar pengangguran dalam kalangan bumiputera adalah 5 peratus pada 2021 berbanding 4.5 peratus pada 2020.
Dari segi statistik siswazah, bilangan siswazah bumiputera yang direkodkan pada 2021 adalah seramai 3.63 juta orang dengan 1.63 juta daripadanya adalah lelaki manakala 2 juta perempuan.
Bagi statistik pindah milik harta tanah pada 2021, transaksi harta kediaman yang direkodkan adalah 106,276 dengan nilai transaksi RM30.83 bilion dan pindah milik harta tanah jenis komersial pula mencatatkan 2,834 transaksi dengan nilai pindah milik bernilai RM1.45 bilion.
Sementara itu, bilangan bumiputera yang berdaftar di institusi kebajikan am di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2021 meningkat kepada 3,228 orang daripada 2,948 orang pada 2020.
"Daripada jumlah itu, 1,402 orang di institusi kanak-kanak, 495 orang di institusi Orang Kurang Upaya dan 1,051 orang di institusi warga emas dan orang papa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
Statistik Bumiputera 2022 diterbitkan buat julung kali, memaparkan perangkaan berkaitan bumiputera dalam bidang sosial dan ekonomi di peringkat nasional dan negeri dari 2017 hingga 2022. - Gambar hiasan
Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, jana 1.67 trilion baht
China menjadi pasaran sumber pelancong terbesar Thailand pada 2024, menyumbang 6.7 juta pelawat, diikuti Malaysia (4.9 juta).
HSR boleh dihidupkan semula dengan penyertaan sektor swasta
Anwar berkata, kerajaan menghadapi beberapa kekangan, termasuk isu lain yang belum diselesaikan dan mesti diutamakan demi kepentingan rakyat.
Pantau Agenda Reformasi: JS SEZ: Apa nasib alam sekitar di sebalik pembangunan?
Wartawan Firdaus Azil bertemu dengan Edey Suresh, yang juga Pengarah UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) untuk melihat isu yang mungkin berbangkit
IRC 2025: Malaysia tekankan keseimbangan antara inovasi dan perlindungan pengguna
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meneroka cabaran dalam menuju revolusi digital yang selamat, mampan, dan seimbang.
MAH labuh tirai 2024, ulang tahun ke-50 penuh gemilang
Tatkala 2024 hampir melabuhkan tirainya, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mengimbas satu tahun yang gemilang, meraikan lima dekad dedikasi kepada industri hospitaliti Malaysia.
Nahas Jeju Air: Pudding turut hadiri acara penghormatan terakhir
Kisah seekor anjing yang setia menunggu kepulangan tuannya di rumah tanpa menyedari pemiliknya terlibat dalam nahas kapal terbang di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan, telah menyentuh hati ramai.
SPRM tahan lapan individu disyaki terlibat rasuah luluskan pemeriksaan kenderaan berat
Kesemua suspek lelaki berusia antara 30 dan 50-an itu ditahan pada 12 tengah hari hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
4 vokalis rock 'otai' Malaysia kongsi pentas di Singapura Februari ini
Datuk Nash, Zamani Slam, Ameng Spring dan Jatt Ali akan berpadu tenaga menjayakan Konsert Hitster Vol 1 - Otai Sangat Menyengat di The Star Theatre, Singapura, 1 Feb depan.
PM Singapura berlepas pulang
Wong diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.