KUALA LUMPUR: Umat Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diminta mengambil peluang membayar zakat bagi tahun 2021 yang akan berakhir pada Jumaat (31 Disember).
Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee berkata, individu, sektor korporat dan mereka yang layak untuk membayar zakat serta bermastautin di Wilayah Persekutuan disyorkan membuat pembayaran tersebut di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.
Jelasnya, pembayar zakat juga boleh membayar zakat menerusi talian www.zakat.com.my, aplikasi MyZakat, kaunter zakat digital, kaunter bergerak, Ride2U, perbankan internet dan ejen-ejen PPZ-MAIWP.
"PPZ-MAIWP menyasarkan jumlah zakat pada tahun ini adalah sebanyak RM800 juta dan kutipan tersebut akan diagihkan kepada MAIWP untuk disalurkan kepada golongan asnaf serta mereka yang memerlukan.
"Pada tahun 2020, jumlah kutipan zakat okeh PPZ-MAIWP adalah sebanyak RM756 juta, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ia merupakan peratusan kedua tertinggi sejak PPZ beroperasi selama 30 tahun," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook miliknya pada Khamis.
BACA: YEZ 2021: PPZ-MAIWP sasar kutipan zakat RM800 juta
BACA: Pusat Pungutan Zakat MAIWP perjelas kekeliruan 'tak bantu mangsa banjir'
Dalam pada itu Syed Ali melahirkan keyakinan penuh penurunan kes penularan COVID-19 dan pengaktifan semula sektor ekonomi di negara ini akan membuka lebih peluang kepada pembayar zakat untuk menunaikan salah satu daripada lima Rukun Islam.
"Pada kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan bahawa banyak hikmah dan tujuan Allah mensyariatkan zakat.
"Antaranya ialah mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, membersihkan diri pembayar zakat, membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat serta mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T. di kalangan golongan yang berada.
"Selain itu ia turut mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik, mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah di samping perhubungan antara manusia dengan manusia, memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka dan mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan yang diredhai Allah," ujarnya.
Tambahnya, zakat turut melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman sebelum ini berkata, pihaknya menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM12 juta dari 18 syarikat korporat menerusi Majlis Zakat Korporat 2021.
PPZ-MAIWP turut menyasarkan jumlah kutipan zakat tahun ini mencecah RM800 juta dan ia mampu dicapai dengan Kempen Year End Zakat 2021 (YEZ 2021).
Astro Awani
Thu Dec 30 2021

Syed Ali melahirkan keyakinan penurunan kes penularan COVID-19 dan membuka lebih peluang kepada pembayar zakat untuk menunaikan salah satu daripada lima Rukun Islam. - Foto PPZ-MAIWP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.