NILAI: Sektor makanan halal dalam negara dilihat terus berkembang dengan jualan makanan halal di Malaysia dijangka mencecah RM50 bilion pada tahun ini sekali gus berupaya menjadi pusat industri halal global.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, untuk tujuan itu pelbagai inisiatif dilancarkan kerajaan bertujuan mempertingkat kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.
"Ini termasuk penganjuran Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan seperti ini yang bertepatan dengan semangat yang ingin dibawa iaitu semua pihak berkepentingan bergabung tenaga, usaha dan idea mengangkat agenda kesedaran halal negara kepada masyarakat.
"Kita juga melaksanakan dan memperkasa pelbagai program pendigitalan melalui aplikasi sistem MyeHALAL yang membantu usahawan dalam menjimatkan masa dan menyenangkan proses memohon persijilan Halal Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan 2023 serta melancarkan Sahabat Halal IPT di Universiti Sains Islam Malaysia di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga membangunkan dua aplikasi halal Malaysia iaitu SmartHalal dan Verify Halal yang menjadi rujukan pengguna dan industri bagi memperoleh info berkaitan pensijilan halal negara.
Dalam pada itu, beliau berkata Sahabat Halal IPT akan bertindak sebagai jurucakap kepada JAKIM dan jabatan agama negeri-negeri bagi memberikan penjelasan dan ilmu tepat berkaitan isu dan pengurusan halal dalam negara khususnya kepada komuniti pelajar.
"Dalam konteks ini kita nak sampaikan dakwah dengan pelbagai cara terutama melalui media sosial, anak-anak muda mereka pakar teknologi, jadi saya harapkan dengan ilmu tentang pengurusan halal itu dapat dioptimumkan contohnya melalui penggunaan tik tok yang lebih rapat dengan mereka.
"USIM sebagai perintis dan harap banyak lagi institusi pengajian tinggi termasuk swasta akan sertai. Kita membangunkan satu model yang seragam...Kita harapkan USIM menjadi pusat penyelarasan dan membangunkan modul untuk latih Sahabat Halal IPT," katanya menambah seramai 39 mahasiswa USIM menjadi Sahabat Halal IPT setakat ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan JAKIM dalam masa terdekat akan memperhalusi isu berkaitan waris perlu membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ditinggalkan si mati.
"Sebelum perkara ini dibawa Jawatankuasa ke MKI, ia perlu mendapatkan pandangan panel pakar terlebih dahulu, dan dibawa kepada sub jawatankuasa pakar yang akan bincang perkara tersebut. Ia penting diperjelaskan kepada orang Islam bagi mengelakkan salah faham," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perbezaan pandangan antara dua mufti iaitu Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung perkara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023
![Jualan makanan halal negara dijangka capai RM50 bilion tahun ini - Mohd Na'im Jualan makanan halal negara dijangka capai RM50 bilion tahun ini - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685870480_TBnaimmokhtar.jpg)
Mohd Na'im berkata, pelbagai inisiatif dilancar kerajaan untuk mempertingkat kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia. - Gambar fail
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Brahim’s Food Services peneraju utama penyedia makanan halal syarikat penerbangan terbaik dunia Brahim’s Food Services peneraju utama penyedia makanan halal syarikat penerbangan terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719665571_Brahims.jpg)
Brahim’s Food Services peneraju utama penyedia makanan halal syarikat penerbangan terbaik dunia
Brahims Food Services Sdn Bhd (BFS) buktikan kecemerlangan dalam penyediaan makanan halal dalam syarikat penerbangan terbaik dunia.
![Brahim's sedia makanan halal untuk 35 syarikat penerbangan antarabangsa Brahim's sedia makanan halal untuk 35 syarikat penerbangan antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719720764_Brahims.jpg)
Brahim's sedia makanan halal untuk 35 syarikat penerbangan antarabangsa
Brahim's Food Services Sdn Bhd kini menyediakan perkhidmatan makanan halal dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa termasuk tujuh syarikat penerbangan terkemuka dunia.
![Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709543492_TBMASHUPORANG.jpg)
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
![Makanan halal Taiwan diketengahkan pada acara MIHAS 2023 Makanan halal Taiwan diketengahkan pada acara MIHAS 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694608818_MakananHalalTaiwan.jpg)
Makanan halal Taiwan diketengahkan pada acara MIHAS 2023
Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mengetengahkan lapan penggiat industri halalnya pada acara tahunan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 yang bermula semalam.
![Umat Islam perlu berhati-hati pilih makanan, minuman - Mufti Umat Islam perlu berhati-hati pilih makanan, minuman - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694481315_TBricewine.jpg)
Umat Islam perlu berhati-hati pilih makanan, minuman - Mufti
Mufti Pulau Pinang berkata, Islam melarang penganutnya meminum minuman memabukkan dan makanan tidak halal.
![Jualan makanan halal negara dijangka capai RM50 bilion tahun ini - Mohd Na'im Jualan makanan halal negara dijangka capai RM50 bilion tahun ini - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685870480_TBnaimmokhtar.jpg)
Jualan makanan halal negara dijangka capai RM50 bilion tahun ini - Mohd Na'im
Pelbagai inisiatif dilancar kerajaan untuk mempertingkat kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.
![Syarikat Jepun mahu tembusi lebih jauh pasaran halal di Malaysia Syarikat Jepun mahu tembusi lebih jauh pasaran halal di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614832733_Halal.jpg)
Syarikat Jepun mahu tembusi lebih jauh pasaran halal di Malaysia
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2022) edisi ke-18 menjana minat amat besar terhadap produk makanan Jepun yang diperakui halal.
![Kemasukan makanan halal tetap tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan Kemasukan makanan halal tetap tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600389401_Halal.jpg)
Kemasukan makanan halal tetap tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan
Jakim telah mengiktiraf 84 badan pensijilan halal luar negara daripada 46 buah negara di seluruh dunia.
![Jalinan kasih nenek, dua cucu berlainan agama tetap utuh Jalinan kasih nenek, dua cucu berlainan agama tetap utuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644107992_TBnenek.jpg)
Jalinan kasih nenek, dua cucu berlainan agama tetap utuh
Tanggungjawab itu dipikul V Chandra selepas cucu-cucunya kematian ibu mereka tahun lalu akibat Covid-19.
![Atlet beragama Islam selesa di Perkampungan Atlet Clark dengan makanan halal, bilik solat Atlet beragama Islam selesa di Perkampungan Atlet Clark dengan makanan halal, bilik solat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51575081030_TBSEAGAMESFILIPINA.jpg)
Atlet beragama Islam selesa di Perkampungan Atlet Clark dengan makanan halal, bilik solat
Pesilat Brunei, Anisah Najihah Abdullah berpuashati dan kagum dengan kemampuan tuan rumah menyediakan kemudahan terbaik untuk atlet yang bertanding, selain turut peka dengan menyediakan makanan halal.