SEREMBAN: Berlainan agama tidak menghalang seorang nenek beragama Hindu untuk menjaga dua cucu kandungnya yang beragama Islam.
Tanggungjawab itu dipikul V Chandra, 62, selepas cucunya Jasmine Hawa Abdul Nur, 16, dan Roselyn Aisyah Abdul Nur, 14, kematian ibu mereka, Nurani Kalsom Abdullah, tahun lalu akibat COVID-19.
Menurut Chandra, dua beradik itu kini tiada tempat bergantung apabila bapa mereka yang merupakan warga Bangladesh terputus hubungan selepas berpisah dengan ibu mereka.
"Ibu mereka merupakan anak tunggal saya dan telah lama memeluk agama Islam.
"Jadi bila dia meninggal dunia Ogos tahun lalu akibat COVID-19, saya bawa Jasmine dan Roselyn tinggal bersama dengan saya kerana mereka tiada sesiapa," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Senawang, baru-baru ini.
Ujarnya, perbezaan agama sedikit pun tidak menggugat kasih sayangnya terhadap mereka.
Hikmahnya kata Chandra, hubungan dengan cucu-cucunya kini jadi lebih rapat dan mesra.
"Dulu mereka tinggal di Klang, Selangor dan kami jarang berjumpa. Walaupun kami tinggal berjauhan, tapi saling bertanya khabar.
"Lebih 20 tahun saya tinggal seorang diri selepas berpisah dengan suami dan sekarang hidup saya tidak lagi sunyi kerana ditemani cucu," katanya.
Berlainan agama tidak menghalang Chandra yang beragama Hindu untuk menjaga dua cucu kandungnya, Jasmine dan Roselyn yang beragama Islam.
Bagi memastikan kedua-dua cucunya tidak ketinggalan mendapat pendidikan Islam sewajarnya, Chandra meminta tolong jirannya, Selasawati Ali, 62, mengajar al-Quran.
Malah dia juga akan memastikan mereka makan makanan yang halal dan menunaikan solat lima waktu.
"Saya tak halang untuk mereka jalani kehidupan sebagai seorang Muslim dan sebagai nenek saya akan cuba beri yang terbaik.
"Cuma apa yang saya risaukan jika saya tiada nanti. Siapa yang akan jaga mereka lebih-lebih lagi kedua-duanya perempuan," katanya.
Bagi menyara hidup, Chandra bergantung dengan wang pencen ilat dan dia bersyukur apabila Baitumal turut memberi bantuan bulanan RM420 untuk kedua-dua cucunya.
Katanya, dengan keadaan diri yang sudah tua selain berdepan masalah kesihatan dia tidak lagi mampu bekerja.
"Kaki saya pun tak kuat lagi selepas saya membuat pembedahan tempurung lutut dan menghidap kanser payudara.
"Bila ada mereka tinggal bersama saya, dapatlah mereka tengok-tengokkan saya," katanya.
Jelas Chandra, walaupun mungkin akan ada dugaan pada masa hadapan, namun sebagai nenek dia akan terus memikul tanggungjawab menjaga Jasmine dan Roselyn sebaik mungkin terutama dalam memastikan cucu-cucunya terus menjalani hidup sebagai seorang muslim.
Sementara itu kata Jasmine, jika dulu Allahyarham ibunya sentiasa mengingatkan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan jangan tinggal solat, tetapi kini ingatan itu tidak lekang dari mulut neneknya.
Katanya, dia bersyukur kerana neneknya yang dipanggil 'nani' sudi menjaganya.
"Nenek sangat menjaga soal agama kami dan bila saya dan Roselyn belajar mengaji di rumah, sesekali nenek akan duduk mendengar," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 06 2022
Jasmine (kiri) dan Roselyn kini menumpang kasih Chandra. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Jalinan kasih nenek, dua cucu berlainan agama tetap utuh
Tanggungjawab itu dipikul V Chandra selepas cucu-cucunya kematian ibu mereka tahun lalu akibat Covid-19.