KUALA LUMPUR: Brahim's Food Services Sdn Bhd kini menyediakan perkhidmatan makanan halal dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa termasuk tujuh syarikat penerbangan terkemuka dunia.


Ringkasan AI
  • Brahim's Food Services menyediakan makanan halal dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa, termasuk tujuh syarikat penerbangan terkemuka dunia seperti Qatar Airways dan Emirates.
  • Syarikat ini diiktiraf antara 10 syarikat penerbangan teratas pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2024, memperkukuh kedudukannya sebagai penyedia makanan halal terbesar di rantau ini dengan dapur canggih dan lebih 550 pekerja, menghasilkan 60,000 hidangan sehari.
  • Brahim's Food Services merancang untuk memperluas perkhidmatan kepada pelanggan baharu sambil mengekalkan integriti, inovasi, dan kepuasan pelanggan sebagai nilai teras.


Syarikat itu dalam kenyataan berkata syarikat penerbangan berkenaan termasuk Qatar Airways, Emirates, ANA All Nippon Airways, Cathay Pacific Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines dan EVA Air.

Menurut kenyataan itu, syarikat penerbangan berkenaan dinamakan antara 10 syarikat penerbangan teratas pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2024 yang diadakan pada 24 Jun lepas di London.

Ketua Pegawai Eksekutif Brahim's Food Services, Mohd Fadhli Abdul Rahman berkata pengiktirafan ini membanggakan semua warga kerja syarikat sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran penyediaan makanan halal bagi penerbangan global.

Menurut kenyataan itu, reputasi syarikat sebagai penyedia makanan halal dalam penerbangan terbesar di rantau ini adalah wajar, dengan mempunyai dapur canggih yang meliputi kira-kira 60,000 meter persegi.

"Kemudahan ini yang dikendalikan lebih 550 pekerja berdedikasi, beroperasi sepanjang masa dan mampu menghasilkan sehingga 60,000 hidangan setiap hari, mengikut standard halal dan memastikan kualiti dan keselamatan tertinggi dalam penyediaan makanan.

"Untuk masa depan, kami akan memperluas lingkungan, menyediakan pelanggan baharu dan berpotensi sambil mengekalkan nilai teras integriti, inovasi, dan kepuasan pelanggan," katanya.

-- BERNAMA