KUALA LUMPUR: Brahim's Holdings Bhd yang berstatus Nota Amalan 17 (PN17) akan dinyahsenarai pada 3 Jun ini, iaitu 28 tahun selepas syarikat itu disenaraikan pada 1994, berikutan penolakan Bursa Malaysia terhadap rayuan kumpulan itu untuk tambahan masa bagi menyerahkan pelan penyusunan semulanya.
Bursa Malaysia berkata sekuriti kumpulan itu yang kini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd mungkin kekal didepositkan, walaupun sekuriti itu dinyahsenarai.
“Sebagai alternatif, pemegang saham syarikat yang berhasrat untuk memegang sekuriti mereka dalam bentuk sijil fizikal boleh mengeluarkan sekuriti ini daripada akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) mereka yang diselenggara dengan Bursa Depository pada bila-bila masa selepas sekuriti syarikat itu dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Securities.
“Ini boleh dilaksanakan oleh pemegang saham yang mengemukakan borang permohonan untuk pengeluaran mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Bursa Depository,” kata bursa itu.
Ia menambah bahawa Brahim's akan terus wujud apabila dinyahsenarai, tetapi sebagai entiti tidak tersenarai.
Brahim's diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai berstatus PN17 pada 28 Feb 2019 selepas ekuiti pemegang sahamnya jatuh di bawah ambang 25%.
Sementara itu dalam pemfailan berasingan, syarikat penyedia makanan atau katering penerbangan itu mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM4.85 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac (1QFY22) daripada kerugian bersih RM6.92 juta setahun sebelumnya, disebabkan sumbangan hasil yang lebih tinggi daripada katering dalam penerbangan dan perkhidmatan berkaitan.
Hasil suku tahunan meningkat lebih dua kali ganda kepada RM16.19 juta daripada RM7.15 juta.
Saham Brahim telah digantung sejak 22 April dan kali terakhir didagangkan pada satu sen, dengan nilai syarikat katering penerbangan itu pada RM3.07 juta.
Saham itu mencapai kemuncaknya sebanyak RM2.64 pada Mac 2014 — yang secara kebetulan apabila kali terakhir kumpulan itu melaporkan pendapatan positif, dengan keuntungan bersih RM22.03 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013. Sejak itu, saham syarikat merudum. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Jun 02 2022
Brahim's diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai berstatus PN17 pada 28 Feb 2019. - Dagang News
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.43 mata kepada 1,616.75 daripada paras penutup 1,615.32 pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.