KUALA LUMPUR: Syarikat Jepun menyasar untuk menembusi lebih jauh ke dalam pasaran halal di Malaysia bagi mengembangkan lagi pasaran produk makanannya dan meneroka peluang dalam pengeluaran makanan dan bahan makanan Jepun.
Penyelaras projek Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur, Lim Yen Yi berkata syarikat Jepun menyasar peluang perniagaan untuk memasuki pasaran halal termasuk mengeksport dari Jepun, pembuatan atau Pengeluar Peralatan Tulen (OEM) bagi membekalkan produk jenama Jepun diperakui halal di Malaysia.
"Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2022) edisi ke-18 menjana minat yang amat besar terhadap produk makanan Jepun diperakui halal dengan ramai pembeli mencari makanan dan bahan makanan Jepun.
"Berbanding MIHAS 2019 yang turut disertai Jetro, minat yang ditunjukkan pada tahun ini sangat memberangsangkan. Jetro tidak menyertai MIHAS 2021 kerana ia diadakan secara format hibrid maya dan pada 2020 pameran perdagangan itu tidak diadakan," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
Lim berkata permintaan pasaran terhadap makanan Jepun semakin meningkat di negara ini.
Menurutnya, walapun beberapa pengimport dan pengedar makanan di Malaysia menyatakan sasaran utama produk makanan Jepun adalah kepada golongan kelas atasan namun beliau merasakan perlu untuk memberi tumpuan juga kepada kelas pertengahan terutamanya pelanggan berbangsa Melayu yang menyumbang kira-kira 70 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia, untuk mengembangkan lagi pasarannya.
"Pemain industri halal Malaysia juga mencari pelaburan dari Jepun untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan serta kemudahan pengeluaran.
"Kami menyokong kemasukan produk makanan halal Jepun ke Malaysia dan pasaran Muslim global menerusi pengenalan produk, menawarkan rasa sampel makanan dan padanan perniagaan secara dalam talian," katanya.Menurut Lim, ketika Malaysia sedang dalam peralihan ke fasa endemik COVID-19 dengan restoran kembali dibenarkan beroperasi seperti biasa, Jetro melihat kemunculan semula permintaan terhadap bahan mentah bagi restoran makanan Jepun.
"Pembeli sedia ada dan yang baharu, terutamanya pengimport/pengedar dan pengeluar berminat terhadap jenama terkemuka Jepun seperti sos perasa Halal Dashi Imuraya Start-up Planning dan serbuk matcha Kyoeiseicha untuk dibekalkan kepada restoran serta membuat produk seperti mi, biskut, minuman dan lain-lain."Semua produk ini diperakui halal," katanya.
Lim berkata pembeli juga mencari makanan ringan, kuih muih serta serbuk perasa halal Jepun untuk dibekalkan ke gedung runcit, kedai serbaneka, penjual e-dagang dan restoran.
Pada pameran MIHAS 2022, Jetro mempamerkan 24 produk makanan diperakui halal dari lapan syarikat Jepun termasuk konfeksi, makanan sihat dan bahan perasa untuk kegunaan profesional yang laris dalam pasaran makanan Malaysia. .
BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2022) edisi ke-18 menjana minat amat besar terhadap produk makanan Jepun yang diperakui halal.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
10 Berita Pilihan - (26 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat
Lima kanser utama ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, dan hati.
AWANI Tonight: Maintaining neutral ground in ASEAN amid ongoing pressures
Donald Trump’s second term has seen shifts in U.S. foreign policy, impacting global alliances. Taylor’s University’s Julia Roknifard discusses how ASEAN is expected to navigate these evolving dynamics.
AWANI Tonight: Ensuring employee wellbeing amid rising medical costs
Malaysia’s medical cost inflation surged to 15% in 2024. Mun Kiat Ho from Mercer Marsh Benefits Malaysia shares insights on how employers can prioritise staff wellbeing amid escalating healthcare costs.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah.

'Fokus saya RUU pekerja gig, bukan poster' - Steven Sim
Steven Sim tidak mahu isu remeh seperti dakwaan terhadap poster program Town Hall Pekerja Gig 2025, mengganggu usaha berkenaan.

Polis tahan empat individu, rampas 11kg heroin bernilai RM105,600
Ia bermula dengan tangkapan seorang lelaki dan hasil pemeriksaan di dalam sebuah kenderaan, ditemukan 10 bungkusan serbuk dan ketulan.
AWANI Ringkas: Sanusi mohon maaf kepada Amirudin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MIHAS 2022 jana jualan sebanyak RM2.36 bilion
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022 edisi ke-18, anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), berjaya menjana jualan sebanyak RM2.36 bilion.

Syarikat Malaysia digesa cari keunikan sendiri tembusi pasaran halal
Ismail Sabri berkata ini kerana peluang pembangunan industri halal kini mencecah RM1.9 billion tahun 2021 dan dijangka terus berkembang.

MIHAS 2022 pacu, rancakkan momentum pertumbuhan ekonomi halal
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meneruskan misinya untuk terus merangsang pertumbuhan perdagangan rentas sempadan dengan menganjurkan MIHAS ke-18.