KOTA BHARU: Sepasang suami isteri sanggup berpanas dan hujan semata-mata mahu menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus demi membiayai belanja perubatan anak perempuan mereka yang menghidap sindrom Down.
Lebih memilukan lagi, doktor mengesahkan Puteri Sumayyah Humairah Che Amirul yang berusia 18 bulan menghidap penyakit paru-paru kronik sekali gus memerlukan pasangan itu berulang-alik ke hospital dengan lebih kerap.
Ibu kanak-kanak berkenaan, Puteri Siti Noraishah Md Saat, 30, berkata, setiap bulan dia dan suami Che Amirul Anuar, 36, perlu ke hospital sekurang-kurangnya empat kali untuk anak bongsu daripada tiga beradik itu mendapat rawatan.
"Sebelum ini suami bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya, namun disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memudahkan urusan Puteri Sumayyah Humairah ke hospital.
"Selain itu, saya terpaksa menguruskan dua anak yang masih bersekolah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun di rumah," katanya ketika ditemui di Kok Lanas pada Sabtu.
Menurutnya, bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menampung sebahagian kos rawatan anak, mereka nekad untuk menjual nasi lemak di kawasan Pasar Kok Lanas pada sebelah pagi dan di tepi jalan utama di sini pada waktu petang.
Ujarnya, walaupun berdepan dengan peningkatkan harga bahan mentah dia nekad menjual pada harga RM1 sebungkus sambil bersedekah untuk Puteri Sumayyah Humairah.
Puteri Siti Noraishah memberitahu, dengan cara tersebut dia berharap anak perempuannya itu akan diberikan kesembuhan.
Tambahnya, walaupun untung yang diperoleh itu agak kecil, namun ia cukup untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.
"Beban saya sedikit ringan apabila Puteri Sumayyah Humairah menerima bantuan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kami jual dua jenis nasi lemak iaitu berlauk ikan bilis dan telur serta ayam," katanya.
Puteri Siti Noraishah berkata, mereka terpaksa membawa Puteri Sumayyah Humairah bersama setiap kali keluar berniaga kerana tidak mempunyai pilihan.
Jelasnya, kereta Perodua Kancil menjadi gerai utama selain tempat berteduh setiap kali hujan.
"Setiap hari kami mampu menjual 100 bungkus nasi lemak serta air balang dan kek yang turut dibuat oleh saya.
"Duit jualan dikumpul untuk bayar sewa rumah RM450 sebulan serta keperluan Puteri Sumayyah Humairah kerana dia bergantung kepada susu khas," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 09 2023

Puteri Siti Noraishah (kiri) dan suami, Che Amirul sanggup berpanas dan berhujan menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus demi biayai belanja perubatan anak perempuan mereka yang menghidap sindrom Down dan paru-paru kronik.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jual nasi lemak RM1 demi anak hidap sindrom Down, paru-paru kronik
Sepasang suami isteri sanggup berpanas dan hujan semata-mata mahu menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus demi membiayai belanja perubatan anak perempuan mereka yang menghidap sindrom Down.