Seorang peniaga kedai runcit di Seri Iskandar dekat sini, bakal berdepan tindakan undang-undang kerana menjual gula pasir kasar pada harga RM2.90 sekilogram, iaitu melepasi harga maksimum ditetapkan, semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Cawangan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Manjung, Wan Muhammad Badro Wan Mahmood berkata selepas menerima aduan awam mengenai perkara itu hari ini, sepasukan lima pegawai menjalankan pemeriksaan ke atas premis terbabit kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.
"Seorang pegawai hadir ke premis runcit ini dan membuat uji beli gula. Setelah transaksi bayaran dilakukan di kaunter, premis ini mengesahkan bahawa harga jualan gula (pasir kasar) adalah RM2.90.
"Harga maksimum yang ditetapkan kerajaan bagi jualan runcit gula pasir kasar adalah RM2.85 sekilogram dan gula pasir halus RM2.95 sekilogram. Peruncit tidak boleh menjual melebihi harga yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin malam.
Wan Muhammad Badro berkata hasil pemeriksaan dan siasatan awal mendapati peniaga itu mempunyai lesen runcit barang kawalan dan sengaja menaikkan harga jualan gula walaupun tiada kenaikan daripada pembekal.
Katanya, peniaga itu gagal membayar kompaun yang ditawarkan sebanyak RM5,000 kerana disyaki melanggar Perintah 3 Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Beliau berkata disebabkan itu, pihak penguat kuasa menyita 292 kilogram gula bernilai RM832 dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya termasuk pertuduhan di mahkamah yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020
Harga maksimum yang ditetapkan kerajaan bagi jualan runcit gula pasir kasar adalah RM2.85 sekilogram dan gula pasir halus RM2.95 sekilogram.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belanjawan 2025: Duti eksais minuman bergula dinaikkan secara berfasa
Hasil yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk rawatan diabetes di negara ini serta menyediakan rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang.
KPDN Kelantan tahan lelaki cuba seludup keluar minyak masak, gula
Pemeriksaan terhadap sebuah kereta menemukan barangan bersubsidi berkenaan yang disyaki mahu diseludup ke Thailand.
Pantau secara berkala minuman manis di acara anjuran kerajaan - Ahli akademik
Pemantauan berkala perlu dilakukan ke atas minuman yang disediakan di semua acara anjuran kerajaan bagi memastikan keberkesanan langkah pengurangan gula dalam minuman, kata ahli akademik.
Inisiatif perang terhadap gula oleh KKM
Semua rakyat Malaysia diseru untuk berganding bahu bagi memerangi kelaziman tabiat pengambilan gula berlebihan.
Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.
KPDN perkenal kempen 'Kurang Gula, Kurang Harga'
Fuziah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan restoran dan wakil industri pada Sabtu bagi merangka kempen tersebut.
KPDN Perak sita 400kg gula di kilang biskut
Premis itu juga disyaki menyimpan barang kawalan gula tanpa kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia.
'Felda sepatutnya utamakan pengeluaran minyak sawit, bukan buat gula, miliki hotel' - Johari Ghani
Felda perlu menumpukan usaha meningkatkan hasil pengeluaran minyak sawit di tanah seluas 800,000 hektar, bukannya menceburi bidang perniagaan lain di luar kepakarannya.
KKM lancar Pelan Advokasi Gula dalam masa terdekat
Pelan tersebut juga sebagai usaha untuk menangani penyakit tidak berjangkit terutamanya kencing manis.
Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula
Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025.