PUTRAJAYA: Kempen 'Kurang Gula, Kurang Harga' akan diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan amalan pemakanan sihat melalui pengurangan pengambilan gula dalam diet harian.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata beliau telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan restoran dan wakil industri pada Sabtu bagi merangka kempen tersebut.
Antara yang terlibat dalam sesi libat urus itu adalah Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).
"Inisiatif ini dirangka khusus bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia di samping membantu mengurangkan kos rawatan dan perubatan susulan penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang terutama kandungan gula berlebihan," katanya dalan kenyataan semalam.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) prihatin terhadap laporanTinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang mendapati satu daripada enam orang dewasa atau 15.6 peratus daripada populasi orang dewasa di negara ini didiagnoskan sebagai penghidap penyakit diabetes.
Sehubungan itu. katanya, KPDN komited untuk memulakan beberapa langkah preventif dari sekarang bermula di peringkat pengguna dan pengusaha makanan bermasak.
Menurutnya kempen tersebut akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

KPDN komited memulakan beberapa langkah preventif dari sekarang susulan laporan NHMS 2023 yang mendapati satu daripada enam orang dewasa di negara ini didiagnos sebagai penghidap diabetes. - Gambar hiasan
Garis panduan AI: Semak berkala, pastikan relevan
Kerajaan atau pihak berwajib perlu melaksanakan semakan berkala terhadap pelaksanaan Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) di sektor awam bagi memastikan ia kekal relevan dan mampu menangani cabaran masa depan.
Memahami proses melihat anak bulan
Bersama Sr Muhammad Daud bin Mahdzur, Ahli Jawatankuasa Rukyah Hilal Wilayah Persekutuan dan Timbalan Presiden Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) membincangkan tentang memahami proses melihat anak bulan.
Keuntungan bersih FGV meningkat kepada RM276.25 juta
Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd meningkat kepada RM276.25 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM101.62 juta yang dicatat pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Pelan Thailand membenarkan operasi kasino jadi ancaman Filipina
Pelan Thailand untuk membenarkan operasi kasino menjadi ancaman besar kepada Filipina, yang kini merupakan hab perjudian kedua terbesar di Asia dan sedang berusaha mencatat rekod pendapatan baharu pada 2025.

PM Anwar ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan
Beliau berkata Ramadan adalah 'madrasah' terbaik bagi mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampasan lebih RM2.6 juta
Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai lebih RM2.6 juta dalam empat serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru.
Lelaki OKU mental tetak ayah diarah rujuk hospital psikiatri
Seorang lelaki yang menetak kepala bapanya dengan parang, diarah Mahkamah Sesyen Kangar untuk dirujuk ke hospital psikiatri selama sebulan.

Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka esok
Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sritex Indonesia tutup operasi 1 Mac, lebih 10,000 pekerja diberhentikan
Gergasi tekstil Indonesia, Sritex akan menutup operasi secara kekal pada 1 Mac 2025 selepas Mahkamah Agung negara itu mengekalkan keputusan muflis.

Jangan salah guna kebebasan berhimpun untuk menipu, fitnah - PM Anwar
Anwar membidas pihak yang memainkan sentimen memperjuangkan hak orang Melayu dalam isu pembangunan bandar, namun tidak melakukan usaha semasa mentadbir negara sebelum ini.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.

Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.

KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.