KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan di Johor, Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
JPS menerusi kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
Di Johor, kawasan berisiko terjejas ialah Johor Bahru (Jelutong, Tanjong dan Kupang) serta Pontian (Jeram Batu, Sungai Karang serta kawasan sekitarnya) manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama (Hulu Selama, Hulu Ijok dan Selama).
Di Kedah pula melibatkan Bandar Baharu (Sungai Batu) serta Kulim (Terap); Temerloh (Semantan) dan Bentong (Sabai serta kawasan sekitarnya) di Pahang; Hulu Selangor (Ulu Bernam) serta Hulu Langat (Ulu Langat) di Selangor selain Jelebu (Kenaboi, Glami Lemi serta kawasan sekitarnya) dan Kuala Pilah (Langkap serta kawasan sekitar) di Negeri Sembilan.
"Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan di Johor, Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. - Gambar hiasan/BERNAMA
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
Fenomena air pasang besar di Pulau Pinang 18 hingga 21 Oktober
Pulau Pinang dijangka mengalami fenomena air pasang besar antara 18 hingga 21 Okt nanti berdasarkan Jadual Pasang Surut Malaysia 2024.
Waspada, Malaysia dijangka berdepan Monsun Timur Laut lebih awal - TPM Zahid
Malaysia dijangka berdepan dengan Monsun Timur Laut (MTL) lebih awal iaitu pada minggu keempat bulan ini, berbanding ramalan awal.
Tiga sungai di Kedah lepasi paras bahaya
Tiga sungai di negeri ini direkodkan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat 10 malam ini.
JPS diminta kaji keberkesanan Empangan Sabo di Yan
Sanusi mengulas mengenai kejadian limpahan air deras dari pergunungan Gunung Jerai di kawasan rekreasi Titi Hayun dan Seri Perigi di Yan yang berlaku pada Sabtu.
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
Lima projek mitigasi banjir berkos RM247 juta dilaksanakan di SPS
Lima projek mitigasi banjir jangka pendek dan jangka panjang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Selatan.
Cuaca buruk dan air pasang besar, Johor sedia pam air di daerah terlibat
Kerajaan Johor dan JPS negeri bersiap siaga dengan penyediaan pam di setiap daerah yang terlibat berikutan amaran cuaca buruk dan air pasang besar.
Ramalan kaji cuaca masih terbatas, bukan untuk elak banjir
Dengan teknologi yang ada ketika ini, ramalan cuaca hanya boleh dikeluarkan seawal 10 hari sebelum ia berlaku.
Amaran banjir di Terengganu, Pahang bermula 24 hingga 26 Dis
JPS mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu dan Pahang bermula 24 hingga 26 Dis ini.