KUALA PILAH: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) komited menambah jumlah keluasan hutan simpanan kekal (HSK) di negeri itu sebanyak 500 hektar lagi bagi memelihara dan memulihara mutu alam sekitar sekali gus meningkatkan ekopelancongan negeri.
Pengarahnya, Saleh Awaluddin berkata jumlah keseluruhan HSK ketika ini adalah seluas 155,000 hektar atau 23 peratus daripada keseluruhan negeri dan daripada 155,000 hektar itu, 60 peratus ialah hutan pengeluaran kayu dan 40 peratus hutan perlindungan termasuk tadahan air, hidupan liar dan penyelidikan.
"Ini antara usaha yang kita kena ambil, jaga kawasan hutan sedia ada dan bagaimana untuk memastikan ia kekal selain berusaha tambah kawasan berkenaan, walaupun sedikit tetapi itu yang terbaik. Begitu juga dengan hutan paya bakau yang dilihat semakin berkurang kini.
"Kita sudah kenal pasti kawasan yang terlibat antaranya kawasan tadahan air dan sekitar empangan cuma kini dalam proses mewartakan kawasan berkenaan...ia bukan satu perkara yang mudah dan mengambil sedikit masa," katanya kepada pemberita selepas program pembukaan semula Taman Eko Rimba dan trek pendakian HSK di sini hari ini.
Beliau berkata Taman Eko Rimba dan trek pendakian di negeri ini telah mula dibuka semula kepada orang ramai berkuat kuasa semalam termasuk Ulu Bendul, Batu Maloi, Jeram Tengkek, Gunung Datuk, Gunung Angsi dan Gunung Tampin.
Dalam pada itu, beliau berkata kerja baik pulih kemudahan di Taman Eko Rimba Jeram Toi, Jelebu, dekat sini, yang musnah dalam kejadian banjir besar Dis 2021 dijangka mula dilaksanakan pada Mac dan siap pada November ini menerusi peruntukan RM1 juta daripada kerajaan negeri.
"Namun ia hanya dibuka pada tahun depan, sebab nak pastikan betul-betul selamat. Kita tidak mahu dalam keghairahan industri pelancongan di negeri dengan orang ramai mula memenuhi lokasi tertentu, kita terlupa aspek keselamatan dan bahaya yang mungkin akan dihadapi," katanya.
Hampir keseluruhan kawasan Jeram Toi termasuk kemudahan seperti pejabat, surau dan tandas musnah dalam kejadian banjir, malah struktur Sungai Toi turut berubah apabila dilihat semakin melebar dan airnya tidak lagi jernih.
Sementara itu, Saleh berkata JPNS menyasarkan hasil kutipan keseluruhan termasuk melalui permit memasuki HSK dan sewaan berjumlah RM10 juta pada tahun ini berbanding RM8 juta yang diraih pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Pengarah JPNS berkata jumlah keseluruhan HSK ketika ini adalah seluas 155,000 hektar atau 23 peratus daripada keseluruhan negeri. - Gambar hiasan/Bernama
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
Roslan Hussin masih lagi Pengarah JPNS - Fadhlina
Justeru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata meminta beliau terus fokus kepada tugasnya sebagai Pengarah JPNS.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
JPNS memohon pelajar untuk menjelaskan status kesihatan masing-masing kepada pihak sekolah sebelum menyertai sebarang program di dalam dan luar bilik darjah terutama melibatkan aktiviti fizikal.
Dakwaan keracunan makanan laut: JPNS ambil sampel kupang, air laut
JPNS menerima laporan daripada Hospital Port Dickson berkenaan beberapa individu mengalami keracunan makanan disyaki disebabkan memakan kupang dan kerang.
Penempatan guru baharu permulaan yang baik - Menteri Pendidikan Sarawak
Katanya, Sarawak masih memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 guru pelbagai disiplin untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
JPNS sedia tambah keluasan hutan simpan, pulihara alam sekitar
Pengarah JPNS berkata jumlah keseluruhan HSK ketika ini adalah seluas 155,000 hektar atau 23 peratus daripada keseluruhan negeri.
Pelepasan 390,000 benih ikan, udang setakat bulan ini - JPNS
Pelepasan benih ikan itu, antaranya lampam sungai, tapah, puyu dan baung ke perairan sungai di seluruh negeri, membabitkan kos RM99,000.
Jabatan Pendidikan Sabah siasat guru didakwa muat naik video lucah
Jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru itu jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana ia jelas mencemarkan nama baik jabatan dan profesion guru.
Azmin, Exco tidak terlibat tender balak - JPNS
JPNS nafi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan exco kerajaan Selangor terlibat dalam penganugerahan tender balak.