JELEBU: Kira-kira 390,000 benih ikan asli termasuk udang galah dilepaskan di perairan Negeri Sembilan setakat bulan ini, kata pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Halimi Abu Hanip.
Halimi berkata, pelepasan benih ikan itu antaranya lampam sungai, tapah, puyu dan baung ke perairan sungai di seluruh negeri, membabitkan kos RM99,000.
"Pelepasan ikan itu bertujuan memelihara sumber perikanan di sungai, serta dimanfaatkan komuniti terutama nelayan dan orang awam.
"Usaha ini bagi memastikan bekalan sumber ikan asli sentiasa ada dan tidak mengalami kepupusan," katanya kepada Bernama selepas melakukan pelepasan 400 benih ikan kelah ke Sungai Kenaboi, Taman Negeri Kenaboi, di sini.
Beliau berkata, setakat ini spesies ikan asli di negeri ini masih terpelihara namun isu pencemaran, penangkapan ikan tidak terkawal, aktiviti meracun serta kejutan elektrik untuk menangkap hidupan air itu, merosakkan ekosistem dan sumber perikanan di sungai berkenaan.
Katanya bagi mengatasi masalah itu, rondaan bersama orang kampung dipergiatkan selain memperbanyakkan aktiviti kesedaran seperti program pelepasan ikan dengan komuniti, bagi memupuk perasaan sayang dan menghargai ikan-ikan tempatan.
Dalam pada itu Halimi berkata, bekalan benih ikan kelah diperoleh daripada pengeluar benih ikan kelah di Jelebu, serta sumbangan daripada pihak Institut Penyelidikan Perikanan Air Tawar Glami Lemi, Jelebu. -- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 24 2021
Pelepasan ikan itu bertujuan memelihara sumber perikanan di sungai, serta dimanfaatkan komuniti terutama nelayan dan orang awam. - Bernama
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Stok bekalan ikan mencukupi tampung keperluan musim Monsun Timur Laut
Setakat ini sebanyak 1,600 tan metrik ikan sejuk beku dalam simpanan stok penimbal bagi menampung keperluan pada musim berkenaan.
Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.
Pemancing lawan buaya kerana ikan
Kejadian berlaku apabila pemancing tersebut berjaya menangkap ikan tersebut dengan menggunakan pancingnya di tepi sebatang sungai.
Ikan berbentuk seperti torpedo di California
Kelibat ikan itu dirakamkan menerusi rakaman video pada kedalaman 300 meter di teluk tersebut.
Sungai Ranggon tercemar, puluhan ikan dan udang ditemui mati
Penduduk kampung terutama nelayan sungai di kawasan itu meminta pihak berwajib mengatasi masalah yang dihadapi sejak seminggu lalu.
Pengusaha lelong ikan air tawar elak kerugian akibat banjir
Kesemua ikan berkenaan berjaya dijual dalam tempoh kurang 24 jam menerusi penggunaan media sosial.
Kenderaan ROV temui ikan kepala lut sinar
Ikan itu mempunyai dua lekukan kecil di belakang mulut.
Pemancing tangkap ikan bertaring di AS
Mike Powel menangkap hidupan laut yang dikenali sebagai ikan berkepala ular atau 'frankenfish" di tasik.
Mampu capai usia sehingga 400 tahun, kenali Greenland Shark
Jerung Greenland adalah haiwan vertebrata yang mempunyai jangka hayat paling lama, malah mampu mencecah 400 tahun.
Trend pendaratan ikan tunjuk tanda pemulihan - Jabatan Perikanan
Antara langkah yang telah diambil ialah pindaan Akta Perikanan 1985 dan pengezonan semula kawasan penangkapan ikan.