PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengesahkan bahawa dua pegawai jabatan itu, merupakan antara beberapa individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Lembah Klang semalam, kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual bayi.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Zamri Misman dalam kenyataan hari ini berkata dua pegawai JPN yang ditahan SPRM itu, disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan MyKid.
Beliau berkata ia hasil kerjasama strategik antara JPN dan SPRM, dengan JPN berkongsikan hasil risikan dalaman yang telah dilakukan kepada SPRM, yang membawa kepada penahanan pegawai terbabit.
"Jabatan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM, bagi melengkapkan siasatan," katanya dan menambah JPN sama kali tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku kakitangan, yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.
Media melaporkan SPRM menahan beberapa individu termasuk doktor pakar dan pegawai JPN, kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual bayi, dengan mereka itu disyaki bersubahat menyediakan dokumen palsu, bagi membolehkan beratus bayi tak sah taraf atau bayi pendatang haram, didaftarkan di JPN.
Zamri menegaskan bahawa JPN tidak akan melindungi mana-mana kakitangan, yang didapati terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara, dan tindakan dan hukuman yang setimpal akan dikenakan, sekiranya pegawai yang ditangkap dibuktikan bersalah.
Beliau berkata JPN sentiasa serius dan komited, memastikan tiada pelanggaran integriti seumpamanya dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri secara berterusan, serta pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan.
"Malah siasatan peringkat dalaman secara berkala dan kerjasama berterusan dengan agensi penguat kuasa lain, juga merupakan usaha tidak berbelah bahagi jabatan ini, memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Dua pegawai JPN yang ditahan SPRM itu, disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan MyKid. - Gambar hiasan
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.
Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan
Seorang pengusaha ikan masin dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada JPN.
Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun
Penantian masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Keniam, Ulu Tembeling di sini untuk memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.
KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggalakkan sebarang taklimat berkaitan isu, proses serta permohonan kewarganegaraan diadakan dengan penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Nama Zayn Rayyan dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Keputusan pembetulan dalam sijil kelahiran dikeluarkan JPN Selangor di mana anak kepada pasangan Zaim Ikhwan dan Ismanira telah dibetulkan.
Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai - JPN
Permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.
JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan
Tindakan dan hukuman yang berkaitan dan setimpal akan dikenakan sekiranya siasatan dijalankan membuktikan pegawai didapati bersalah.
JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.
Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN
Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (
Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.