KUANTAN: Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Pengarah JPN Pahang Mohammad Abdullah berkata ibu bapa seharusnya tidak berlengah mendaftarkan kelahiran anak, memandangkan mereka boleh hadir ke JPN dan tandatangan daftar secara bersama di bawah Peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).
"Namun, anak perlu dinasabkan terlebih dahulu kepada Abdullah atau dengan pilihan nama Asmaul Husna, dan bila disahkah dokumen perkahwinan oleh agensi terlibat, ibu bapa boleh buat permohonan pindaan untuk dinasabkan semula kepada bapa yang sah.
"Sekiranya tidak berhasrat untuk membuat pengesahan bersama, nama anak yang didaftarkan dengan maklumat ibu sahaja (single mother) akan didaftarkan dan dinasabkan kepada Abdullah atau dengan pilihan nama Asmaul Husna.
"Bagaimanapun, ibu bapa masih boleh membuat permohonan pembetulan maklumat dalam Daftar Kelahiran, dengan dinasabkan kepada bapa biologi setelah dokumen pengesahan perkahwinan diterima lengkap," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Mohammad memaklumkan dalam tempoh lima tahun bermula 2019, JPN Pahang telah merekodkan sebanyak 1,948 kes pendaftaran lewat dengan tahun lepas merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 618 kes.
Mengulas lanjut, beliau berkata dokumen perkahwinan tidak teratur merupakan antara faktor berlakunya kelewatan pendaftaran kelahiran kanak-kanak di negeri ini.
Beliau berkata masalah berkenaan sering kali berlaku bagi pasangan Islam apabila ibu bapa berkahwin di luar negara, namun tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Agama Islam sejurus kembali ke Malaysia.
Selain dokumen pengenalan diri ibu bapa, dokumen perkahwinan asal perlu dikemukakan untuk penentuan taraf kewarganegaraan, keturunan, gelaran nama, agama dan bagi pasangan Islam untuk penasaban kanak-kanak tersebut.
"Ada ibu bapa yang ambil ringan dan menangguhkan proses pendaftaran sehingga anak dilahirkan dan mereka menunggu sampai dapat dokumen perkahwinan yang disahkan untuk ke JPN sekali gus menyebabkan anak mereka lewat didaftarkan," katanya.
Dokumen perkahwinan termasuk sijil perkahwinan, sijil perkahwinan adat yang diiktiraf di Sabah dan Sarawak, kad perkahwinan, surat pengesahan perkahwinan Orang Asli oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atau agensi lain yang berkaitan.
Mengulas lanjut, Mohammad berkata antara faktor lain yang menyumbang kepada daftar lewat kelahiran ialah kecuaian ibu bapa sendiri yang tidak mengambil berat tentang keperluan mendaftarkan anak mereka dalam tempoh pendaftaran iaitu dalam 60 hari selepas kelahiran.
"Mereka kadang-kadang ambil mudah dan sambil lewa berkaitan pendaftaran kelahiran anak, tetapi tidak dinafikan terdapat juga ibu bapa yang mempunyai masalah rumah tangga dan peribadi, malah ada juga beri alasan kesibukan bekerja, pasangan bekerja di luar kawasan, tidak dapat cuti dan isteri berpantang di rumah ibu bapa," kata beliau.
Bagi mengatasi masalah ini, JPN telah mewujudkan Sistem Pra Pendaftaran Kelahiran dalam talian, iaitu ibu atau bapa boleh mendaftarkan maklumat kelahiran dalam sistem itu dan diberikan tempoh selama 180 hari untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN bagi membuat pengesahan pendaftaran kelahiran anak.
Katanya proses daftar lewat kelahiran sentiasa dilakukan dengan teliti mengikut prosedur jabatan itu untuk mengelakkan sebarang masalah berkaitan di kemudian hari dan beliau memaklumkan setakat ini, JPN Pahang pernah menerima pendaftaran lewat individu yang sudah pun berumur lebih 70 tahun.
Beliau berkata pendaftaran kelahiran amat penting antaranya dari segi perancangan kepada kerajaan mengenai projek pembangunan, selain ketiadaan sijil kelahiran juga menyukarkan ibu bapa berurusan terutama yang melibatkan rawatan kesihatan, pendidikan, perbankan dan bantuan kebajikan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Dokumen perkahwinan tidak teratur merupakan antara faktor berlakunya kelewatan pendaftaran kelahiran kanak-kanak. - Foto fail/JPN

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN
Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (

JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.

Lelaki didenda RM3,000 benar maklumat palsu daftar kelahiran bayi
Muhammad Ridzuan membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret.

Kerajaan Sabah pandang serius isu dokumentasi dan kewarganegaraan
Biasanya ia berkaitan pendaftaran yang tidak berlaku di waktu yang tepat, sekali gus menuntut usaha gigih pihak berkaitan untuk menanganinya, bagi mengelak timbul masalah pada masa hadapan.