Kerajaan Sabah memandang serius isu mengenai dokumentasi dan kewarganegaraan dalam kalangan penduduk tempatan memandang masih ramai, khususnya di kalangan penduduk luar bandar yang masih belum memiliki taraf kewarganegaraan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Katanya beliau pasti tidak ada satu kaum etnik pun di Sabah yang terkecuali daripada berhadapan dengan isu ini, di mana dalam kebanyakan kes biasanya ia berkaitan pendaftaran yang tidak berlaku di waktu yang tepat, sekali gus menuntut usaha gigih pihak berkaitan untuk menanganinya, bagi mengelak timbulnya pelbagai masalah pada masa hadapan.
"Mungkin kini terdapat ribuan penduduk, khususnya kanak-kanak dari kumpulan etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus, atau dari kaum Lundayeh yang tinggal di Long Pasia, atau mereka yang berada di perairan timur Sabah, di mana ibu bapa gagal mendaftar anak mereka yang baru dilahirkan.
"Saya telah mengarahkan pelbagai agensi yang berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan cawangan-cawangan Parti Warisan Sabah untuk membantu," katanya dalam ucapan beliau di Persidangan Nasional ke-9 Mengenai Tiada Diskriminasi "Malaysia Baharu: Mencapai Perpaduan dalam Masyarakat Plural', di sini pada Khamis.
Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan.
Persidangan sehari anjuran Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Institut Kajian Pembangunan Sabah itu disertai 134 peserta dari kalangan aktivis, NGO dan juga pemimpin-pemimpion komuniti.
Mohd Shafie berkata menurut Gabungan NGOs Negeri Sabah, ketika ini terdapat kira-kira 60,000 individu di Sabah yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri walaupun mereka berasal dari Sabah.
Beliau berkata kerajaan Sabah akan mengukuhkan komitmen dalam memberikan taraf kewarganegaraan kepada setiap kanak-kanak yang tidak di dokumentasi yang dilahirkan di Sabah bagi memastikan masa depan mereka lebih stabil dan terhindar dari sebarang gejala jenayah.
Sementara itu Mohd Shafie berkata penduduk Sabah merasa risau dengan kehadiran pendatang asing tanpa izin yang mungkin tidak lama lagi jika tidak dibendung, akan mengambil alih populasi rakyat tempatan, dan mereka juga bimbang kehilangan kuasa ekonomi serta hak ke atas tanah kepada pendatang asing ini.
Mohd Shafie juga meminta supaya semua pihak termasuk NGO dan pemimpin tempatan supaya menghentikan sebarang sentimen negatif dan sama-sama bersatu berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menjadikan Sabah sebagai negeri yang boleh dijadikan sebagai contoh teladan kepada negeri lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 01 2019

Menurut Gabungan NGOs Negeri Sabah, ketika ini terdapat kira-kira 60,000 individu di Sabah yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri walaupun mereka berasal dari Sabah. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN
Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (

JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.

Lelaki didenda RM3,000 benar maklumat palsu daftar kelahiran bayi
Muhammad Ridzuan membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret.

Kerajaan Sabah pandang serius isu dokumentasi dan kewarganegaraan
Biasanya ia berkaitan pendaftaran yang tidak berlaku di waktu yang tepat, sekali gus menuntut usaha gigih pihak berkaitan untuk menanganinya, bagi mengelak timbul masalah pada masa hadapan.