Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang menyiasat mengenai dakwaan seorang pengetua yang menerima anugerah cemerlang di negeri ini baru-baru ini, terlibat dalam "pengantunan seksual" melibatkan pelajar sekolah.
Pengarahnya, Azman Adnan berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan berkenaan.
"Saya sedang siasat isu yang tular ini," kata beliau secara ringkas melalui Whatsapp ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Ketika ditanya bentuk tindakan yang akan diambil JPN Johor sekiranya dakwaan itu benar, beliau berkata: "bergantung kepada siasatan."
Azman berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan seorang aktivis bahawa seorang pengetua sekolah menengah didakwa terlibat dalam aktiviti pengantunan seksual dengan pelajar lelaki.
Pengetua berkenaan, yang baru-baru ini mendapat anugerah pengetua cemerlang, turut didakwa menghantar mesej-mesej berunsur lucah, yang kini viral dalam media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 09 2020

Pengetua berkenaan turut didakwa menghantar mesej-mesej berunsur lucah. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

JPN Johor siasat dakwaan pengetua cemerlang terlibat dalam 'pengantunan seksual' pelajar
Azman berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan seorang aktivis bahawa seorang pengetua sekolah menengah didakwa terlibat dalam aktiviti pengantunan seksual dengan pelajar lelaki.