GEORGE TOWN: Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas, dalam operasi penguatkuasaan di Jalan Sepoy Lines, di sini, pada Sabtu.
JPJ dalam kenyataan memaklumkan antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada insurans, tiada lesen memandu kenderaan barangan (GDL) dan lain-lain kesalahan teknikal.
"Selain operasi penguatkuasaan itu, Unit Operasi JPJ Pulau Pinang turut menjalankan Ops Khas e-panggilan di empat lokasi, iaitu berhampiran Sunway Carnival Mall Seberang Jaya dan Penang Sentral di Seberang Perai dan Queensbay serta Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di bahagian pulau.
"Dalam operasi itu, sebanyak 73 buah kenderaan persendirian telah diperiksa dan dikenakan tindakan atas kesalahan menghalang lalu lintas, cermin gelap selain tidak memaparkan pelekat e-panggilan dan meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan," menurut kenyataan JPJ itu.
Justeru, JPJ mengingatkan supaya semua pemandu e-panggilan, supaya mematuhi setiap peraturan ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.
Sementara itu, dalam satu lagi operasi berasingan di LTABL malam tadi, JPJ telah mengambil tindakan terhadap sebuah kenderaan persendirian selepas dikesan menawarkan perkhidmatan kereta sewa haram atau 'ulat'.
Hasil pemeriksaan mendapati, pemandu terbabit mengambil penumpang dari lapangan terbang untuk ke Tanjung Bungah dengan bayaran RM70 dan susulan itu, JPJ mengambil tindakan dengan menyita kenderaan itu mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Darat 2010.
Sabit kesalahan bagi kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
35 bas disaman kerana tiada pemandu kedua
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan saman ke atas 35 pemandu bas ekspres dan persiaran dalam Operasi Khas yang dijalankan di Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua.
JPJ Pulau Pinang pergiat operasi kesan pemandu warga asing tanpa lesen
JPJ Pulau Pinang memandang serius kesalahan memandu kenderaan tanpa lesen kerana ia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
12 bas ekspres disaman tiada pemandu kedua
12 bas ekspres disaman dalam operasi penguatkuasaan JPJ Pulau Pinang kerana tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer.
Op Khas kenderaan perdagangan, JPJ keluarkan 177 saman
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 177 saman terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan dan pelbagai kesalahan lain dalam Op Khas.
JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
JPJ keluar 129 saman, sita 13 motosikal
Sebanyak 129 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan 13 motosikal disita dalam Op Khas Motosikal yang dijalankan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, hari ini.
Ops Lejang Mega: JPJ Pulau Pinang keluar 442 saman
Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi.
JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan
Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
JPJ P.Pinang keluar 102 saman dalam Op Rempit
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.