BUTTERWORTH: Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi.
JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat lokasi terbabit adalah Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Bagan Ajam dan Plaza Tol Jambatan Kedua di Seberang Perai serta Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di bahagian pulau.
Menurut JPJ Pulau Pinang penguatkuasaan itu dijalankan Unit Operasi JPJ negeri bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri bermula 4 petang hingga 5 pagi bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
"Hasil operasi JPJ telah mengeluarkan 442 saman atas pelbagai kesalahan antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsurans dan mempamer nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
"Kesalahan lain yang turut dikesan adalah tidak mempamer pelekat P, tiada cermin sisi dan mengubah suai motosikal tanpa kebenaran," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu JPJ mengingatkan penunggang atau pemilik motosikal agar sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan atau tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
Penunggang dan pembonceng motosikal juga diingatkan supaya menunggang dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024

Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi. - Foto Facebook JPJ Pulau Pinang

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Ops Lejang Mega: JPJ Pulau Pinang keluar 442 saman
Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi.