KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup dilapor meninggal dunia hari ini, pada usia 80 tahun.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Punca kematian, Kurup, yang juga pengasas PBRS itu masih belum dikenal pasti.
Pemergian ahli politik veteran itu disahkan oleh Ketua Penerangan PBRS, Datuk Fredie Sua kepada Astro AWANI, malam ini.
Menurut Sua, mendiang Kurup cukup konsisten dan komited dalam menerajui PBRS dan akan diingati bukan sahaja untuk rakyat Sabah, khususnya.
"Berada dalam komponen Barisan Nasional (sejak 1994), hala tuju yang diambilnya, suara PBRS dalam gagasan BN sering didengari di setiap peringkat," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI, pada Rabu.
Pada Januari tahun lalu, Kurup mengumumkan bersara dalam politik dan melepaskan jawatan sebagai Presiden PBRS berkuat kuasa serta-merta.
Kurup mula berkecimpung dalam bidang politik pada 1985 dengan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS).
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook di atas tiket PBS pada 1985-1999 dan 2004, selain sebagai Ahli Parlimen Pensiangan pada 2003.
Mendiang meninggalkan isteri Puan Sri Melinda Mak Soak Fong dan enam orang anak.
Antara jawatan penting yang pernah disandang di peringkat negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Pembangunan Sumber dan Usahawan, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat serta Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sementara itu, di peringkat pusat pula, mendiang pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2013 hingga 2018.
Astro Awani
Wed Apr 17 2024

Kurup menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara di ibu negara kira-kira jam 7.30 malam tadi. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Joseph Kurup meninggal dunia di IJN
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.