JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kerja-kerja pembinaan Kuil Shree Maha Mariamman Paripalana Saba, Pasir Gudang, di sini.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kuil yang berusia 105 tahun itu pada asalnya terletak di Blue River Estate, Pasir Gudang namun telah dipindah beberapa kali sebelum kekal bertapak di kawasan terkini.
Beliau berkata kerajaan negeri turut meluluskan permohonan komuniti tempatan bagi mengadakan tapak khairat kematian masyarakat India di Tanjung Langsat.
"Saya berkesempatan melawat Kuil Shree Maha Mariamman Paripalana Saba di Pasir Gudang dan turut diberi taklimat oleh jawatankuasanya mengenai pemindahan kuil tersebut.
"Oleh itu, kerajaan negeri bersetuju mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi kerja pembinaan kuil ini. Yakinlah bahawa kerajaan negeri akan terus komited dalam memberikan kesejahteraan kepada semua Bangsa Johor untuk kini dan masa akan datang," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang Datuk Asman Shah Abd Rahman yang turut hadir dalam lawatan ke kuil berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Onn Hafiz melawat Kuil Shree Maha Mariamman Paripalana Saba di Pasir Gudang dan diberi taklimat mengenai pemindahan kuil tersebut. - Foto Facebook Onn Hafiz
Buletin AWANI Khas: Program Iftar Sekampung di Felda Jengka 12
Nilai kerjasama dan kebersamaan penduduk Felda Jengka 12 dalam Program Iftar Sekampung.
Saksikan siaran luar astro Awani bermula pukul 5 petang ini.
Saksikan siaran luar astro Awani bermula pukul 5 petang ini.

Bekalan telur ayam mencukupi, stabil untuk permintaan domestik - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bekalan telur ayam di Malaysia kekal mencukupi dan stabil.

Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti
Polis membuka kertas siasatan berhubung seorang lelaki dipercayai penuntut sebuah universiti swasta yang melakukan perbuatan tidak senonoh di perpustakaan universiti berkenaan.
Rewang Iftar sekampung, Felda Jengka 12
Temu bual Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop bersama Pengurus Rancangan Felda Jengka 12, Mohd Amir Jusoh mengenai rewang iftar sekampung, Felda Jengka 12, Pahang.

Raja Permaisuri Agong berkenan santuni mangsa banjir di Johor Bahru
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada Sabtu.

Mewah luar biasa, beberapa pengasas produk, pempengaruh kini dalam pemantauan polis
Beberapa pengasas produk dan pempengaruh di Kelantan sedang dalam pemantauan pihak polis selepas dikesan memiliki kemewahan luar biasa.

Banjir dijangka landa lima jajahan di Kelantan esok
Kawasan berisiko tinggi termasuk Lembangan Sungai Golok, Sungai Kelantan, dan Sungai Semerak.
Raja Permaisuri Agong berkenan santuni mangsa di PPS
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada Sabtu.
Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama mangsa serta mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir di PPS Kampung Maju Jaya, Johor Bahru.
Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama mangsa serta mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir di PPS Kampung Maju Jaya, Johor Bahru.

Malaysia kecam keras serangan Israel, desak gencatan senjata disambung semula
Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB dan komuniti antarabangsa bertindak segera untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
Peniaga rugi jualan Aidilfitri rosak
Peniaga bazar Aidilfitri, Kota Tinggi menanggung kerugian besar kerana tidak sempat menyelamatkan barangan ketika banjir.

Johor salur RM500,000 bina Kuil Shree Maha Mariamman Paripalana Saba
Kuil berusia 105 tahun itu pada asalnya terletak di Blue River Estate, Pasir Gudang namun telah dipindah beberapa kali.