Insiden penangguhan pelawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim semalam telah meraih pelbagai reaksi di laman Twitter.

Ramai peminat kedua pasukan bola sepak tersebut meluahkan perasaan kecewa tetapi ada juga yang mengkritik penangguhan yang dikatakan disebabkan oleh rusuhan penyokong di Stadium Darul Makmur.





Perlawanan itu turut ditangguhkan kerana penonton yang hadir dikatakan telah melebihi kapasiti stadium tersebut dan beberapa orang tercedera akibat balingan objek keras.

Komisioner perlawanan, Datuk Ahmad Fuad Daud kemudian memutuskan untuk menunda perlawanan ini atas faktor keselamatan.

Sultan Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah serta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turut turun ke padang untuk bertanyakan situasi sebenar kepada pegawai perlawanan selain turut bertemu beberapa penyokong Tok Gajah yang duduk di atas trek.

Aksi seekor kucing yang tiba-tiba memasuki ke tengah padang turut menggamatkan stadium dan pengguna Twitter.






Pengguna Youtube 'VideoKontroversi2013' turut memuat naik sebuah klip video memaparkan kehadiran kucing yang mencuri tumpuan di tengah-tengah kegamatan insiden semalam..