Kerajaan negeri Johor melancar satu lagi Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik (RMMJ) dalam usaha menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 unit rumah mampu milik kepada penduduk menjelang tahun 2020.
Ia dilancarkan dengan kerjasama AmBank Islamic Berhad.
Pada Mac lepas, RMMJ dilancarkan melalui Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) bagi memberi kemudahan pembiayaan berjumlah RM500 juta kepada pembeli rumah kos rendah dan mampu milik.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata skim pembiayaan RMMJ terbaharu itu yang mencecah peruntukan RM300 juta dijangka mampu menawarkan pembiayaan kepada kira-kira 4,000 pemohon.
"Ia adalah skim pembiayaan perumahan bersifat Islamik yang turut menjadi pertimbangan utama para penerima rumah mampu milik.
"Keduanya ia hanya memberi peluang kepada rakyat Johor yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan," kata Mohamed Khaled pada majlis menandatangi perjanjian (MoU) skim pembiayaan itu di sini hari ini.
Kerajaan negeri diwakili oleh Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Mohammed Ridha Abd Kadir manakala AmBank Islamic diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eqhwan Mokhzanee.
Beliau berkata dana skim itu turut datang dari kerajaan negeri yang diagihkan melalui sistem pembiayaan yang dikendalikan AmBank.
Mohamed Khaled juga berkata sehingga Julai lepas, hampir 9,000 daripada 24,000 penerima tawaran rumah mampu milik gagal mendapatkan pembiayaan kewangan.
Rumah mampu milik di Johor ditawarkan pada harga antara RM42,000 hingga RM150,000.
Sebanyak 6,430 unit akan disiapkan tahun ini menjadikan jumlah yang dbina sejak 2014 ialah 10,061 unit.
Bernama
Tue Sep 13 2016

KHALED: Skim pembiayaan RMMJ terbaharu itu yang mencecah peruntukan RM300 juta dijangka mampu menawarkan pembiayaan kepada kira-kira 4,000 pemohon.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Johor lancar satu lagi Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik
Pada Mac lepas, RMMJ dilancarkan melalui Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat).