Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menggariskan empat cadangan penambahbaikan kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lanjutan penilaian Laporan Tahunan SPRM 2013.
Pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, kerajaan perlu mewajibkan tapisan SPRM sebagai salah satu kriteria pelantikan anggota pentadbiran dan Pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Ini kerana pelantikan individu yang diragui integriti boleh menimbulkan persepsi kurang baik kepada masyarakat pada masa sama memberi tanggapan negatif terhadap kerajaan.
Dalam pada itu, JKMR turut mencadangkan penubuhan entiti pemantau Polis Di Raja Malaysia (PDRM) seperti mana Jawatankuasa Aduan SPRM sebagai mekanisme semak dan imbang ('check and balance') bagi memantau keberkesanan fungsi jabatan tersebut.
Berhubung sindiket perjudian tanpa lesen dan gejala aktiviti maksiat, JKMR mengesyorkan kerajaan untuk memikirkan satu pindaan undang-undang yang baharu untuk membanteras gejala tersebut.
Selain itu, JKMR melihat isu pencerobohan tanah secara haram perlu dipandang serius dengan mencadangkan supaya SPRM menyertai Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan.
Abu Zahar yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata demikian pada sidang media Laporan Tahunan JKMR di lobi Parlimen, pada Isnin.
Ujar Abu Zahar, JKMR juga mengambil maklum dan menyambut baik pengiktirafan Panel Penilaian Antarabangsa (IRP) terhadap pelaksanaan Program Transformasi SPRM yang mempunyai lebih 30 inisiatif setakat ini.
SPRM telah memperkukuh sistem dan prosedur agensi-agensi kerajaan dengan mengemukakan 427 cadangan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti boleh membuka ruang dan peluang rasuah.
Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014 naik tiga anak tangga ke kedudukan 50 daripada 175 negara.
Tahun lalu, Malaysia mencatat kedudukan ke-53 dalam indeks yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) itu.
Berdasarkan ukuran skor pula, Malaysia mencatat skor 52 berbanding 50 pada tahun lalu. Ia merupakan yang tertinggi pernah dicatat Malaysia sejak 2004.
Selain itu, Malaysia juga merupakan negara kedua tahap rasuah paling rendah di belakang Singapura yang berada pada kedudukan ketujuh.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Dec 08 2014
ABU ZAHAR: kerajaan perlu mewajibkan tapisan SPRM sebagai salah satu kriteria pelantikan anggota pentadbiran dan Pengerusi GLC. - Foto Fail
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Antirasuah akan jadi urusan rasmi Parlimen - Rais
Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah akan dilunaskan dalam mesyuarat kali ini.
Rais Yatim dilantik pengerusi baharu JKMR
Tan Sri Rais Yatim dilantik sebagai pengerusi baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berkuat kuasa 15 Julai lepas untuk tempoh tiga tahun.
SPRM lebih berkesan jika Kerajaan pinda undang-undang - Jawatankuasa Khas
Pindaan undang-undang berkaitan rasuah merupakan antara syor dan cadangan yang dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah 2014.
Syor EAIC tidak wajar dan tidak perlu dipertimbangkan - Pengerusi JKMR
Cadangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disenaraikan sebagai agensi penguatkuasa di bawah kawal selianya dianggap tidak wajar.
SPRM tidak selektif ketika menjalani siasatan - JKMR
SPRM menegaskan tidak timbul soal menerima arahan daripada kerajaan atau 'pihak atasan' dalam menjalankan siasatan.
JKMR cadang penambahbaikan SPRM
Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) mencadangkan empat penambahbaikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi penilaian Laporan Tahunan SPRM 2013.