KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Dewan Negara akan mengambil tanggungjawab mengenai antirasuah di Malaysia sebagai urusan rasmi Parlimen sebagaimana dikuatkuasakan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Dr Rais Yatim berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat sulung JKMR semalam dengan penubuhan jawatankuasa tersebut akan dilunaskan dalam mesyuarat Dewan Negara sesi kali ini.
Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata JKMR turut mengambil maklum ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pendirian antirasuah semasa beliau membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara pada 12 Okt lepas.
Beliau berkata pendirian Ismail Sabri itu sebagai petua dan panduan dalam menetapkan hala tuju JKMR sesuai dengan mandat diberikan kepada jawatankuasa khas tersebut di bawah Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).
"Sesuai dengan mandat itu, JKMR akan menasihatkan Perdana Menteri membabitkan beberapa aspek antirasuah untuk diambil pertimbangan serius oleh kerajaan dan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berlangsung dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan semalam.
Selain itu, Rais berkata mesyuarat semalam turut membincangkan hal ehwal berkaitan Kertas Pandora yang dibangkitkan baru-baru ini.
Beliau berkata penelitian akan dibuat sama ada Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Dewan Negara harus menimbang serta menelitinya daripada sudut kesahihan pendedahan terlebih dahulu serta hak rakyat untuk mengetahui aspek yang relevan mengenai perkara berkenaan.
Dewan Rakyat pada 11 Okt lepas kekal dengan keputusan menolak usul untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa pemimpin negara.
BACA: Anwar persoal usul Pandora Papers, Mat Sabu mencelah tanya macam mana nak jadi jutawan
BACA: Pandora Papers: Ini apa yang kita tahu setakat ini
Pada masa sama menurut Rais, JKMR mengambil berat hal ehwal pengendalian barang kes serta kaedah lain di bawah SPRM supaya lebih telus dan terhindar daripada salah guna kuasa dalaman, serta menggesa pihak berkuasa mempercepatkan tindakan undang-undang membabitkan kes kehilangan barang kes bernilai US$6 juta (RM24.94 juta).
"Rentetan daripada itu, JKMR juga memandang serius tentang imej SPRM dalam beberapa kes kebelakangan ini, termasuk membabitkan beberapa kes berprofil tinggi yang ditarik balik oleh Jabatan Peguam Negara.
"Penelitian terperinci mengenainya merangkumi lunas penyiasatan dan pendakwaan sedang diusahakan dengan pihak berkaitan," katanya.
Dalam sidang Dewan Rakyat pada 23 Sept lepas, media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menangkis dakwaan bahawa kehilangan barang kes berjumlah US$6 juta itu sepatutnya dilakukan polis, bukannya SPRM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021
Rais berkata JKMR turut mengambil maklum ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pendirian antirasuah. - Gambar fail
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Gundam daripada peminat
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Hasil kajian berkaitan GISBH dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS
MAIS mengarahkan semua hasil kajian dan perbincangan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dan rangkaiannya dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Banjir: Fadhlina minta ibu bapa pantau pergerakan anak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa supaya memantau keselamatan anak-anak susulan banjir di beberapa kawasan termasuk Nibong Tebal.
China mahu bina kilang, mahu produk ada logo halal JAKIM - Ahmad Zahid
Terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menempatkan kilang di Malaysia, bertujuan mendapatkan sijil halal JAKIM sebelum produk terbabit dieksport.
Wanita maut jatuh dalam lubang saluran air ketika mendaki
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air ketika menyertai aktiviti mendaki di bukit Cherok Tok Kun.
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim
Isu Palestin boleh disuarakan negara anggota ASEAN menerusi platform seperti forum, majlis menteri-menteri luar dan majlis ketua-ketua kerajaan.
Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum - Rais
Antara peruntukan yang menggambarkan kepelbagaian kaum ialah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Wan Junaidi sah terima tawaran Speaker Dewan Negara, angkat sumpah esok
Wan Junaidi menambah sebagai rakyat yang cintakan negara, sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab.
Program Syarahan Parlimen dijadikan acara bulanan - Johari
Penganjuran Program Syarahan Parlimen yang kini memasuki siri kedua akan diteruskan sebagai acara bulanan bagi membolehkan masyarakat memberikan pandangan berhubung cara tadbir urus negara yang baik.
Penggubal undang-undang tertinggi China tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Pesawat Air China membawa Zhao bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 8.15 pagi ini.
JKPK TIA kemuka syor tangani isu perjawatan SPRM, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara hari ini mengemukakan dua syor bagi mengatasi isu perjawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) da
Persidangan Dewan Negara ditambah dua hari - Rais Yatim
Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.
Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Pengiktirafan protokol senator di peringkat kerajaan negeri dipersetujui PM
Anwar sendiri akan berhubung dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan perhatian mengenai perkara tersebut.