GEORGE TOWN: Kelab Peminat P Ramlee Pulau Pinang menggesa agensi bertanggungjawab segera melakukan kerja-kerja baik pulih kerosakan yang berlaku pada rumah kelahiran seniman agung itu yang terletak di Jalan P Ramlee di sini.
Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.
Menurutnya, kerosakan atap dan siling rumah berkenaan dikatakan berlaku sejak tahun lalu namun ia gagal diselesaikan oleh agensi berkenaan.
"Tak kan perkara kecil sebegini tak boleh ditangani oleh agensi berkenaan dan saya percaya kos baik pulih pun tidak melibatkan belanja yang terlalu mahal.
"Saya akan berhubung dengan agensi terbabit bagi mendapatkan penjelasan dan kita mahu kerja-kerja baik pulih segera dibuat bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk pada rumah warisan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Rabu.
Terdahulu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menzahirkan rasa kecewa selepas melihat keadaan rumah kelahiran P Ramlee yang rosak dan keadaan yang menyedihkan.
Dalam tulisannya di laman Facebook, beliau terkejut selepas mendapati atap dan siling rumah asal seniman agung itu hampir roboh akibat kebocoran yang berlarutan.
"Keadaannya amat menyedihkan. Apatah lagi ini rumah P Ramlee seniman idola kita. Menurut penjaga rumah molek warisan itu laporan dah dibuat dan dikemukakan tahun lalu.
"Tentu sekali roh Ramlee akan nangis melihat rumah pusakanya dalam keadaan begitu terbiar. Saya taksir kerosakan ketirisan ini tak lebih RM15,000...Wahai ketua jabatan, mailah tengok, baikilah cepat," tulisnya.
Rumah kelahiran P Ramlee yang terletak di No 4 Jalan P Ramlee dibina pada 1926 oleh bapanya, Teuku Nyak Puteh dan bapa saudaranya, Rejab Husin.
Difahamkan, rumah berkenaan telah beberapa kali dibaik pulih sebelum ini dan kini diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara.
Sinar Harian sedang mendapatkan Arkib Negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai kerosakan yang berlaku. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023

Rais menunjukkan kerosakan pada siling rumah kelahiran P Ramlee. - Foto Facebook Rais Yatim

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.