PUTRAJAYA: Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) yang bermesyuarat pada Isnin menggariskan tiga matlamat utama dalam mewujudkan 'pengubah keadaan' bagi membanteras gejala dadah secara menyeluruh dan berkesan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi JKDM berkata tiga matlamat tersebut adalah tindakan menghalang penyeludupan dan pengedaran dadah; meluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan; serta meningkatkan daya tindak daripada bahaya dadah.
Di bawah matlamat tindakan membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah, Ahmad Zahid berkata jalan-jalan tikus dan jeti haram di Perlis, Kelantan dan Kedah akan dihapuskan bagi menghalang kemasukan dadah haram ke dalam negara.
"Selain itu, kawalan lebih ketat perlu dilaksanakan dengan meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada pengedar dadah dan pemilikan dadah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Mesyuarat JKMD Bilangan 2 Tahun 2023 itu.
Ahmad Zahid berkata pengukuhan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi memastikan JSJN berupaya membanteras pengedaran dadah dengan lebih sistematik dan komprehensif.
Berkaitan aspek bekalan dadah yang mudah diperoleh khususnya secara dalam talian, beliau berkata kerajaan sedang meneliti keperluan mewujudkan peruntukan undang-undang yang boleh mengawal selia semua platform e-dagang bagi membanteras pembelian dan penghantaran dadah melalui aplikasi dalam talian.
Mengenai matlamat meluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan, Ahmad Zahid berkata dua aspek utama iaitu pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan pindaan jadual Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7), perlu diberi perhatian.
"Sekiranya akses ini dapat dilebarkan, usaha mengalihkan penyalahguna dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada rawatan dan pemulihan serta merawat pulih penyalah guna bahan seperti ketum dan gam dapat dilaksanakan.
"Usaha ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stigma dan kesan pemenjaraan kepada penyalah guna dadah dan bahan," katanya.
Menyentuh mengenai matlamat untuk meningkatkan daya tindak masyarakat daripada bahaya dadah, Ahmad Zahid berkata pelan strategik dan komunikasi yang komprehensif akan disediakan untuk meningkatkan keterlibatan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pencegahan gejala dadah.
"Penerapan daya tindak segera masyarakat dilihat berupaya memberi pencegahan awal tentang bahaya dadah kepada masyarakat dengan cara mendidik golongan berisiko melindungi diri daripada terjebak dengan gejala dadah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
![JKMD garis tiga matlamat utama banteras dadah secara menyeluruh dan berkesan JKMD garis tiga matlamat utama banteras dadah secara menyeluruh dan berkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697986497_ZahidHamidiPUTRAJ.jpg)
Ahmad Zahid berkata tiga matlamat tersebut adalah tindakan menghalang penyeludupan dan pengedaran dadah; meluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan; serta meningkatkan daya tindak daripada bahaya dadah. - Foto fail/BERNAMA
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Golongan berisiko diingat elak terdedah terlalu lama pada cuaca panas ketika beraya Golongan berisiko diingat elak terdedah terlalu lama pada cuaca panas ketika beraya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710547946_tbbahangterikmatah.jpg)
Golongan berisiko diingat elak terdedah terlalu lama pada cuaca panas ketika beraya
Golongan warga emas, mereka yang mempunyai penyakit dan kanak-kanak berisiko terdedah kepada strok haba.
![JKMD garis tiga matlamat utama banteras dadah secara menyeluruh dan berkesan JKMD garis tiga matlamat utama banteras dadah secara menyeluruh dan berkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697986497_ZahidHamidiPUTRAJ.jpg)
JKMD garis tiga matlamat utama banteras dadah secara menyeluruh dan berkesan
JKMD yang bermesyuarat pada Isnin menggariskan tiga matlamat utama dalam mewujudkan 'pengubah keadaan' bagi membanteras gejala dadah secara menyeluruh dan berkesan.
![KKM kaji keperluan vaksin influenza kepada golongan berisiko KKM kaji keperluan vaksin influenza kepada golongan berisiko](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691310485_TBzaliha.jpg)
KKM kaji keperluan vaksin influenza kepada golongan berisiko
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji keperluan pemberian vaksin influenza kepada rakyat terutama golongan berisiko sekiranya diperlukan.
![[KOLUMNIS] Reinfeksi COVID-19: Adakah kita sudah bersedia? [KOLUMNIS] Reinfeksi COVID-19: Adakah kita sudah bersedia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659462679_vaksinasisarawak.jpg)
[KOLUMNIS] Reinfeksi COVID-19: Adakah kita sudah bersedia?
Mengapakah terdapat kes jangkitan semula COVID-19 sedangkan majoriti rakyat Malaysia sudahpun menerima vaksin dan dos penggalak untuk COVID-19?
![COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644327038_MalinaOsman.jpg)
COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.
![Vaksin COVID-19: Jerman bakal tamatkan inisiatif ujian saringan percuma Vaksin COVID-19: Jerman bakal tamatkan inisiatif ujian saringan percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628638342_AngelaMerkel.jpg)
Vaksin COVID-19: Jerman bakal tamatkan inisiatif ujian saringan percuma
Menurut Canselor Angela Merkel, ia adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan rakyatnya mendapatkan suntikan vaksin.
![Penduduk Pulau Perhentian, Redang dijangka terima suntikan vaksin satu dos Penduduk Pulau Perhentian, Redang dijangka terima suntikan vaksin satu dos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622553024_PengerusiJawatankua.jpg)
Penduduk Pulau Perhentian, Redang dijangka terima suntikan vaksin satu dos
Vaksin satu dos dilihat lebih bertepatan untuk disuntik kepada penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.
![Fatimah Abu Bakar seru golongan berusia ambil vaksin, jangan khuatir Fatimah Abu Bakar seru golongan berusia ambil vaksin, jangan khuatir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622105565_amani.jpg)
Fatimah Abu Bakar seru golongan berusia ambil vaksin, jangan khuatir
Fatimah berharap masyarakat tidak khuatir dengan momokan atau omong kosong mengenai implikasi bahaya vaksin COVID-19.
![Kerajaan digesa benarkan kemudahan kesihatan swasta beli dan beri vaksin COVID-19 Kerajaan digesa benarkan kemudahan kesihatan swasta beli dan beri vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613904007_LeeLamThye.jpg)
Kerajaan digesa benarkan kemudahan kesihatan swasta beli dan beri vaksin COVID-19
Masyarakat diingatkan agar ambil serius amaran Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tentang kemungkinan kes COVID-19 kembali meningkat.
![Usah benarkan hospital swasta jual vaksin COVID-19 ketika ini - Pakar Usah benarkan hospital swasta jual vaksin COVID-19 ketika ini - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614757069_TBKhorSweeKheng.jpg)
Usah benarkan hospital swasta jual vaksin COVID-19 ketika ini - Pakar
Kerajaan tidak harus berkompromi dengan cadangan membenarkan hospital swasta menjual vaksin COVID-19 kepada golongan berkemampuan.