KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar menimbang untuk membenarkan kemudahan kesihatan swasta membeli dan melaksanakan suntikan vaksin COVID-19 ke atas mereka yang mampu membayar kos itu bagi mempercepatkan pencapaian sasaran 80 peratus penduduk Malaysia menerima imunisasi COVID-19, kata Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat.
Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata tempoh menunggu yang lama bagi golongan tidak berisiko tinggi serta kewujudan kumpulan antivaksin dan pengkritik, selain kelelahan masyarakat akibat terlalu lama mengharungi pandemik ini, boleh mencetuskan keraguan terhadap kemampuan memberi imunisasi kepada 9.4 juta penduduk bagi tempoh sekarang hingga Ogos depan.
"Isu-isu ini mesti ditangani secara berkesan dan berterusan oleh kerajaan. Untuk itu, Jawatankuasa Penasihat Bebas Vaksinasi COVID-19 wajar mendapatkan bantuan dan kerjasama badan bukan kerajaan berasaskan masyarakat serta pertubuhan agama, selain memulakan kempen menghebahkan pesanan dalam pelbagai bahasa, bagi menangani ketakutan yang tidak berasas dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut mengingatkan masyarakat agar mengambil serius amaran Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tentang kemungkinan kes COVID-19 kembali meningkat.
"Kenyataan beliau adalah berdasarkan kadar kebolehjangkitan (Rt) dalam tempoh tiga hari lepas yang meningkat kepada 1.0, tertinggi sejak awal Mac.
"Malaysia kini di kedudukan ke-45 daripada 216 negara yang disenaraikan sebagai terjejas oleh jangkitan COVID-19. Dunia sekarang dilanda gelombang ketiga jangkitan itu yang bermula pada September tahun lepas, dan gelombang ini dijangka lebih buruk berbanding dua gelombang terdahulu," kata Lee.
Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat agar tidak alpa dalam pematuhan terhadap prosedur operasi standard, apatah lagi ketika kerajaan sudah memberi kelonggaran kepada beberapa sekatan yang dikuatkuasakan sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 28 2021

LAM THYE: Jawatankuasa Penasihat Bebas Vaksinasi COVID-19 wajar mendapatkan bantuan dan kerjasama badan bukan kerajaan berasaskan masyarakat serta pertubuhan agama. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.

Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.

Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.

Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee
Ikatan Komuniti Selamat menggesa pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.

Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.

Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.