KUALA TERENGGANU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji keperluan pemberian vaksin influenza kepada rakyat terutama golongan berisiko sekiranya diperlukan.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata bagaimanapun setakat ini kes jangkitan influenza dalam negara adalah terkawal dan pemberian vaksin di peringkat awal hanya akan melibatkan petugas KKM yang bekerja di barisan hadapan.
Beliau berkata selain itu fasiliti kesihatan awam yang ada di seluruh negara juga cukup untuk menampung jumlah pesakit jika terdapat peningkatan kes influenza dalam masa terdekat.
"Berdasarkan data KKM untuk minggu epidemiologi ke-30 pada tahun ini, kadar konsultasi kes penyakit seperti influenza (ILI) di Klinik Kesihatan adalah 6.3 peratus, menurun berbanding minggu sebelum itu iaitu 6.4 peratus.
"Kadar kemasukan ke hospital pula adalah 7.1 peratus, juga sedikit menurun. Kes ada tapi setakat minggu akhir ini menurun...keadaan terkawal," katanya selepas merasmikan Klinik Kesihatan Manir yang mula beroperasi Januari 2020 di sini, hari ini.
Klinik Kesihatan Manir yang dibina dengan kos RM19.7 juta, mula dibangunkan pada Disember 2016 dan siap pada September 2019, bagi menggantikan klinik lama berusia 54 tahun dan dilengkapi peralatan berteknologi moden yang mampu menerima 600 pesakit pada satu masa.
Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata Hospital Dungun yang diklasifikasi sebagai projek sakit sudah 99 peratus siap dan dijangka dapat beroperasi tahun hadapan dan bakal memberi manfaat besar kepada penduduk setempat yang sudah menanti sekian lama.
Katanya projek pembinaan Hospital Dungun yang dimulakan Februari 2016, diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dengan kos RM125 juta itu sepatutnya siap pada Mac 2022.
Bagaimanapun faktor kegagalan kontraktor dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan projek tersebut terbengkalai dan mengambil masa untuk disambung semula.
Difahamkan apabila siap, Hospital Dungun bakal menjadi hospital pakar ketiga di Terengganu selepas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Kemaman.
Bangunan tersebut mampu mencapai kapasiti 110 katil dengan 10 kepakaran disediakan antaranya kecemasan, perubatan, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, anestesiologi, ortopedik, psikiatri, pergigian dan patologi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (dua, kanan) beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Manir Kuala Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.

45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.