TUMPAT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 900,040 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM606,899 dalam tiga serbuan berasingan di Pasir Puteh dan Machang pada Selasa lepas.
Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata serbuan pertama yang dilakukan di Kampung Gong Stopa, Pasir Puteh berjaya merampas 20,520 batang rokok serta menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun.
"Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang digunakan suspek untuk membawa rokok seludup.
"Sejumlah 28,800 rokok seludup pelbagai jenama pula berjaya dirampas dalam serbuan kedua di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Dato' di jajahan sama," katanya pada sidang media di JKDM Pengkalan Kubor di sini hari ini.
Wan Jamal Abdul Salam berkata sebanyak 850,620 batang rokok seludup pelbagai jenama turut dirampas menerusi serbuan ketiga di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Sri Machang.
Menurutnya hasil siasatan mendapati mondus operandi adalah suspek membawa masuk rokok berkenaan dalam jumlah yang kecil menggunakan kenderaan penumpang sebelum disembunyikan di tempat penyimpanan.
"Rokok seludup itu kemudiannya diedarkan dalam jumlah yang sedikit untuk pasaran tempatan menggunakan kenderaan sama bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pembekal rokok seludup terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) serta Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barang atau RM500,00 yang mana lebih besar atau dipenjarakan tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
JKDM Kelantan berjaya merampas 900,040 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM606,899. - Gambar/ Bernama
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
JKDM rampas 105kg dadah bernilai RM3.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 105 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM3.3 juta yang diisytiharkan sebagai teh herba Cina pada 15 Okt lepas.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas
Op Carilamat tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi.
Kastam beri amaran arak tiruan diproses dekat kolam ternakan katak
JKDM menumpaskan sindiket memproses arak tiruan di sebuah rumah usang di kawasan hutan terpencil dekat Kampung Valdor Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) dalam serbuan, 20 Sept lepas.
Sindiket jadikan pelabuhan transit seludup dadah tumpas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan sindiket penyeludupan dadah terbesar tahun ini melibatkan rampasan bernilai RM12.05 juta.
Kastam kutip hasil RM41.68 bilion setakat 31 Ogos 2024
Jumlah kutipan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) setakat 31 Ogos tahun ini telah mencapai RM41.68 bilion.
JKDM Kedah rampas arak, rokok dan setem cukai palsu
Tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.
Kastam Perlis rampas syabu lebih RM2 juta disembunyi dalam teh Cina
JKDM Perlis menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat 73.319 kilogram (kg) bernilai RM2.34 juta di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar.
Kastam tahan 35 peniaga kedai runcit, rampas rokok, minuman keras seludup bernilai RM2.1 juta
Sebanyak 36 kertas siasatan dibuka dan 35 peniaga kedai runcit warga tempatan dan asing ditahan oleh JKDM.