Dalam serbuan yang dilakukan jam 1.05 pagi itu, operasi itu membabitkan pegawai Cawangan Penguatkuasa Bukit Kayu Hitam JKDM Kedah mendapati barangan tidak dikenakan cukai membabitkan anggaran cukai lebih RM1 juta.
Pengarah Kastam Kedah, Nor Izah Abd Latiff berkata, bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.
“Barangan rampasan bernilai RM353,284 membabitkan anggaran cukai RM1,048,134.41 dibawa pulang ke Pejabat Penguatkuasa Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.
"Sindiket itu menggunakan lokasi tidak bernombor itu sebagai kemudahan penyimpanan, berkemungkinan untuk transit sebelum pengedaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Katanya, jika sabit kesalahan, kesalahan itu membawa hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang atau RM50,000, yang mana lebih tinggi, dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000, yang mana lebih tinggi atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu dalam serbuan berasingan, Cawangan Penguatkuasaan Alor Setar, JKDM Kedah merampas 5,476 botol minuman keras bernilai RM161,474 dari sebuah premis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 2 September lalu.
Nor Izah berkata, seorang warga asing berusia 40-an ditahan dalam serbuan jam 10 malam itu untuk siasatan lanjut
Beliau berkata, minuman keras yang disita itu berjumlah 2,120.60 liter membabitkan cukai dianggarkan RM285,676.
"Hasil pemeriksaan mendapati minuman keras itu mengandungi setem cukai yang mencurigakan, disyaki palsu.
"Kesemua barangan terbabjt dibawa ke Pejabat Penguatkuasa Alor Star untuk siasatan lanjut.
“Pekerja warga asing itu diambil bekerja di premis itu, dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan pemiliknya," katanya.
Nor Izah berkata, setem palsu itu bertujuan untuk mengelirukan pengguna supaya mempercayai minuman keras itu dikenakan cukai dengan betul,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.