KUALA LUMPUR: "Pelbagai tohmahan dan tuduhan dibuat kepada saya. Jika benar, sila siasat dan siasat juga semua ahli keluarga saya."
Demikian tegas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berhubung amanah dan tanggungjawab yang dipikul olehnya bagi melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
Beliau berkata, isu integriti merupakan tunjang utama yang perlu dipikul sebaiknya dalam melaksanakan tugas bagi setiap individu.
Kata beliau, menjawat sesuatu jawatan sama ada kecil atau besar adalah satu amanah, sekiranya ia disalah guna atau mudah 'dibeli' oleh pihak tertentu maka negara akan musnah kerana kecuaian tersebut.
"Setiap orang perlu komited dan konsisten dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, selain berusaha untuk berubah kepada kebaikan.
"Tanam iltizam hendak buat perubahan. Tidak perlu ambil pusing (peduli) dengan apa yang orang kata kerana saya tidak peduli.
"Sebab itu jika ada tohmahan atau tuduhan dibuat kepada saya, jika tidak betul sila siasat dan ambil tindakan. Saya tidak ada masalah," katanya pada Khamis.
Beliau berkata demikian apabila dijemput sebagai panel forum integriti sempena sambutan Hari Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 2023 dengan tema 'Bukan Lupa Tapi Tak Ingat'.
Forum tersebut dikendalikan oleh moderator, Shamsul Ghau Ghau bersama seorang lagi panel jemputan iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim.
Ayob Khan berkata, setiap pemimpin perlu ada keberanian untuk menegur atau mengambil tindakan ke atas petugas di bawah kendaliannya.
Jelas beliau, jangan hanya kerana mahu disanjung dan kekal popular, tanggungjawab sebenar diketepikan supaya tidak disisih orang sekeliling.
Menurut beliau, semua jawatan dan pangkat akan 'hilang' apabila seseorang itu telah tamat perkhidmatan atau bersara.
Oleh sebab itu katanya, jika mahu membuat perubahan kepada ke arah kebaikan, jangan ambil peduli dengan apa yang orang akan kata.
"Jika ada salah laku melibatkan pegawai atau anggota terutama rasuah, saya tidak akan bertolak ansur dan tindakan pasti akan diambil.
"Selagi saya diamanahkan dengan tanggungjawab sedia ada, saya akan tunaikan dengan penuh konsisten.
"Untuk melakukan perubahan, ia perlu bermula daripada 'atas', maka orang bawahan akan ikut membudayakan perkara yang betul," ujarnya. - Sinar Harian
Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI
Sinar Harian
Thu Dec 07 2023

Ayob Khan berkata, setiap pemimpin perlu ada keberanian untuk menegur atau mengambil tindakan ke atas petugas di bawah kendaliannya. - Gambar fail

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.

'Jika tidak betul, sila siasat saya dan keluarga'- Ayob Khan
Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sedar amanah dan tanggungjawab yang dipikul olehnya bagi melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

Lebih 15,000 ditahan atas pelbagai jenayah komersial tahun ini - Ayob Khan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 15,786 individu di atas pelbagai kesalahan jenayah komersial bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini.

Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai 23 Jun 2023.

Judi: OCPD, ketua balai gagal penuhi aku janji berdepan tindakan tegas - CPO Selangor
Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai di Selangor yang tidak memenuhi aku janji bagi memastikan kawasan mereka bebas daripada aktiviti judi haram akan dikenakan tindakan tegas.

Ayob Khan dedah ada OCPD tak puas hati Bukit Aman serbu premis judi 'online'
Ketua polis daerah di seluruh negara diingatkan jangan jadikan 'Surat Aku Janji' tiada sebarang aktiviti judi di daerah pentadbiran masing-masing sebagai 'kertas tisu'.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

PRN Johor: "Mestilah saya rindu, takkan tak rindu Johor" - Ayob Khan
Bekas Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini kembali ke Ibu Pejabat Kontinjen Johor, pejabat yang beliau terajui selama 22 bulan, bermula 24 Februari, 2020.

Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.

Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor
Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene.