SUBANG JAYA: Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai di Selangor yang tidak memenuhi aku janji bagi memastikan kawasan mereka bebas daripada aktiviti judi haram akan dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Beliau berkata ia bagi memastikan usaha pihaknya untuk membanteras aktiviti judi di negeri itu dapat dijalankan dengan berkesan.
"Aku janji daripada Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai merupakan satu usaha berterusan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Mana-mana Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai yang didapati tidak seiring dengan aku janji, mereka akan dikenakan tindakan dalaman serta tatatertib dan telah ada mereka yang dikenakan tindakan ini dan ia akan dipantau dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kesedaran Jenayah di Universiti Sunway di sini hari ini.
BACA: Ayob Khan dedah ada OCPD tak puas hati Bukit Aman serbu premis judi 'online'
Dalam pada itu, Hussein berkata aktiviti judi dalam talian di Selangor berada pada paras yang minimum susulan serbuan berterusan oleh pihaknya ke atas premis yang digunakan bagi aktiviti jenayah itu.
"Serbuan akan dilakukan secara habis-habisan untuk pastikan tiada lagi aktiviti judi haram di Selangor," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan ketua polis daerah di seluruh negara agar tidak menjadikan surat aku janji yang ditandatangani setiap bulan sebagai 'kertas tisu'.
Ayob Khan turut mendedahkan terdapat Ketua Polis Daerah kontinjen Kuala Lumpur tidak berpuas hati apabila diminta untuk menghantar Task Force D7 JSJ Bukit Aman bagi mengambil tindakan ke atas premis judi dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023

Hussein Omar berkata ia bagi memastikan usaha pihaknya untuk membanteras aktiviti judi di negeri itu dapat dijalankan dengan berkesan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Ayob Khan dedah ada OCPD tak puas hati Bukit Aman serbu premis judi 'online'
Ketua polis daerah di seluruh negara diingatkan jangan jadikan 'Surat Aku Janji' tiada sebarang aktiviti judi di daerah pentadbiran masing-masing sebagai 'kertas tisu'.