JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda, DMIJ yang membawa gelaran Datuk itu dikurniakan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Amir Nasruddin, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Mantan Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Agus Salim Yusof.
Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil juga dikurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka.
Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, di sini hari ini.
Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.
Penerima SIJ adalah Pegawai Daerah Tangkak, Mohammed Shakib Ali; Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor, Abu Bakar Abd Aziz; Pengarah Perangkaan Johor, Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Maimunah Othman.
Siti Nur Aqilla Omar
Mon Nov 29 2021

Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.

'Jika tidak betul, sila siasat saya dan keluarga'- Ayob Khan
Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sedar amanah dan tanggungjawab yang dipikul olehnya bagi melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

Lebih 15,000 ditahan atas pelbagai jenayah komersial tahun ini - Ayob Khan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 15,786 individu di atas pelbagai kesalahan jenayah komersial bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini.

Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai 23 Jun 2023.

Judi: OCPD, ketua balai gagal penuhi aku janji berdepan tindakan tegas - CPO Selangor
Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai di Selangor yang tidak memenuhi aku janji bagi memastikan kawasan mereka bebas daripada aktiviti judi haram akan dikenakan tindakan tegas.

Ayob Khan dedah ada OCPD tak puas hati Bukit Aman serbu premis judi 'online'
Ketua polis daerah di seluruh negara diingatkan jangan jadikan 'Surat Aku Janji' tiada sebarang aktiviti judi di daerah pentadbiran masing-masing sebagai 'kertas tisu'.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

PRN Johor: "Mestilah saya rindu, takkan tak rindu Johor" - Ayob Khan
Bekas Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini kembali ke Ibu Pejabat Kontinjen Johor, pejabat yang beliau terajui selama 22 bulan, bermula 24 Februari, 2020.

Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.

Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor
Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene.