KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa tempoh perkahwinannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mencapai 34 tahun sekiranya beliau adalah seorang 'yang suka mengawal' seperti didakwa oleh pendakwaan.
Rosmah, 69, berkata jika beliau mempunyai sikap 'suka mengawal' dan 'mampu mempengaruhi keputusan dalam sektor awam' seperti yang cuba ditonjolkan oleh pendakwaan terutama Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, ia adalah perkara yang amat menghairankan.
"Pihak pendakwaan cuba menggambarkan saya mempunyai keperibadian yang negatif melalui P36 (perbualan dalam rakaman audio berbunyi antaranya "Can I advise you something?") dan menggunakan tuduhan tersebut kononnya saya memerintah Datuk Seri Najib, ketika itu Perdana Menteri, untuk menuruti kehendak saya di dalam projek solar hibrid tersebut (yang saya nafikan).
"Ini adalah tuduhan yang tidak benar, tidak disahkan dan ia tidak boleh diambil pertimbangan oleh mahkamah ini. Situasi seperti ini tidak berlaku sama sekali," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada hari kedua prosiding membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
BACA: Rosmah menangis semasa beri keterangan, kata pendakwaan ke atasnya zalim
Merujuk perbualan dalam rakaman audio itu, Rosmah berkata beliau dan suami adalah manusia biasa, sama seperti pasangan lain dan perbualan mereka adalah bersifat peribadi.
"Saya memberikan pendapat saya dan suami saya pula mendengar, dan begitulah sebaliknya.
"Ada ketikanya, suami saya memberikan pandangan beliau dan saya pula menjadi pendengar. Sama ada suami saya menerima pandangan saya atau sama ada saya menerima pandangan suami saya, adalah soal kedua. Ini adalah resam rumah tangga dan asam garam kehidupan berkeluarga.
"Di dalam P36 itu, saya tidak pernah sama sekali mengkehendakkan suami saya menuruti pandangan saya, saya hanya sekadar menekankan pandangan dan perasaan saya. Itu sahaja," katanya sambil menambah bahawa ketepatan dan kesahihan rakaman audio itu tidak dapat dipastikan kerana orang yang merakamnya juga tidak dapat dipastikan manakala perbualan dalam eksibit tersebut tidak menyentuh projek hibrid solar.
Pada 18 Feb lepas, rakaman audio dan transkrip mengandungi ayat "Can I advise you something?" diterima sebagai eksibit dalam perbicaraan kes rasuah Rosmah membabitkan projek solar hibrid.
Rakaman audio itu, yang sebelum ini dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai adalah sebahagian daripada perbualan antara Rosmah dan Najib dimainkan pihak pendakwaan semasa bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi keterangan.
Rosmah turut menafikan beliau memberikan idea agar satu perjanjian konsultasi disediakan bagi memastikan Jepak Holdings Sdn Bhd menunaikan janji membayar sumbangan politik selepas berjaya mendapat projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion itu.
Beliau berkata idea untuk menyediakan perjanjian konsultansi yang didakwa sebagai satu cara pembayaran kepada beliau dikemukakan oleh seorang ahli perniagaan, Lawrence Tee Kien Moon iaitu saksi pendakwaan ke-20.
Rosmah berkata Datuk Rizal Mansor berbohong ketika memberi keterangan bahawa beliau beberapa kali mengingatkan bekas pembantunya itu supaya menyediakan perjanjian untuk mengikat Jepak agar menunaikan janji memberikan sumbangan politik selepas mendapat kontrak daripada Kementerian Pendidikan.
"Keterangan Rizal tidak masuk akal kerana perjanjian konsultasi itu kemudian dibatalkan kerana Jepak telah diberikan projek hibrid solar dan perkara itu membuktikan saya tiada kena-mengena dengan apa-apa kepentingan dalam projek berkenaan," katanya.
Rosmah turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak pernah membantu Jepak mendapatkan minit Perdana Menteri berhubung surat sokongan bagi syarikat itu mendapatkan projek tersebut.
"Kesemua 11 minit dan parap Perdana Menteri untuk Jepak diperoleh oleh Datuk Aazmey Abu Talib dan anehnya, beliau tidak pernah dipanggil oleh pihak pendakwaan sebagai saksi mahupun ditawarkan kepada pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan," katanya.
Pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin melalui Rizal sebagai ganjaran kerana membantu syarikat itu mendapatkan projek tersebut secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok dengan pihak pendakwaan akan menyoal balas Rosmah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Rosmah berkata beliau dan suami adalah manusia biasa, sama seperti pasangan lain dan perbualan mereka adalah bersifat peribadi. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.
Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.
Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.
Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.
Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam
Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang, kata peguamnya.
''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor
Isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kesediaannya dalam memberi sokongan dan kerjasama dalam urusan pembangunan kanak-kanak di Malaysia.