KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sering menggunakan pengaruhnya sebagai orang yang rapat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mahu pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melihat dirinya sebagai proksi kepada bekas perdana menteri itu.
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, 50, berkata kebanyakan perkara besar yang memerlukan kelulusan perdana menteri perlu dibincangkan dahulu dengan Jho Low sebelum dibawa kepada Najib yang ketika itu merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
"Secara lazimnya, untuk mendapatkan tandatangan semua pihak terlibat adalah tanggungjawab setiausaha syarikat dan ketua pegawai eksekutif, namun bagi dokumen berkaitan dengan pelaburan 1MDB, ia akan disediakan oleh saya dan diserah kepada Jho Low untuk mendapatkan tandatangan Datuk Seri Najib.
"Kadangkala Jho Low akan meminta saya menyediakan dokumen syarikat yang memerlukan tandatangan Datuk Seri Najib. Setelah saya menyerahkan dokumen-dokumen itu, saya tidak tahu bagaimana Jho Low mendapatkan tandatangan Datuk Seri Najib.
"Saya juga ingin menyatakan bahawa sepanjang saya berkhidmat di 1MDB, saya cuma berjumpa Datuk Seri Najib dalam acara atau mesyuarat 1MDB secara beramai-ramai bersama pihak pengurusan, tetapi saya tidak pernah bersemuka secara bersendirian atau secara terus dengan beliau untuk sebarang urusan berkaitan syarikat," katanya.
Saksi pendakwaan ke-50 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya setebal 63 muka surat semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Terdahulu, Loo berkata kebiasaannya di 1MDB, apabila pihak pengurusan perlu menandatangani sebarang resolusi pekeliling pengarah, mereka akan diserahkan dua dokumen iaitu Special Rights Redeemable Preference Shareholder in Writing (SRRP) dan Minutes by Representative of Holding Company Relating to Proceedings of Subsidiary Pursuant to Section 147(6) of Companies Act (MR) yang telah ditandatangan Najib mengenai sebarang keputusan berkaitan pelaburan dan kewangan 1MDB.
"Pihak Lembaga Pengarah akan bersetuju dengan keputusan Datuk Seri Najib kerana amalan di 1MDB diuruskan secara 'Top Down Approach'," katanya.
Selain itu, Loo berkata ia juga kerana Najib adalah wakil pemegang saham tunggal 1MDB dan ahli lembaga pengarah akan mengikut kehendak pemegang saham, dan dalam kes 1MDB, ia adalah Kementerian Kewangan Diperbadankan yang diwakili Najib selaku Menteri Kewangan.
Pada 16 Nov tahun lepas, mahkamah mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-48 iaitu Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ACP Foo Wei Min yang memaklumkan bahawa Loo adalah saksi penting dan akan mendedahkan semua isu berkaitan Tanore Finance Corporation, entiti yang memindahkan wang US$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024

Bekas peguam 1MDB berkata, kebanyakan perkara besar yang memerlukan kelulusan perdana menteri perlu dibincangkan dahulu dengan Jho Low sebelum dibawa kepada Najib. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.

Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.

1MDB: Pelayaran ke Selatan Perancis adalah percutian bersama keluarga - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah semata-mata untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

1MDB: Shahrol Azral tidak seharusnya ikut arahan Jho Low - Najib
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak seharusnya mengikut arahan Jho Low, kata Najib.

1MDB: Tidak wujud budaya kerja silo - Najib
Najib menafikan wujud struktur budaya kerja secara silo ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.