Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low merupakan orang kanan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mencaturkan hal ehwal urusan syarikat 1MDB yang membawa mandat perdana menteri.
Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, saksi pendakwaan ke-10 menyatakan enam alasan mengapa beliau berpendapat sedemikian.
Pertama, katanya pengenalannya dengan Jho Low adalah melalui Datuk Azlin Alias iaitu Ketua Setiausaha Sulit Najib ketika itu jelas menunjukkan bahawa Jho Low merupakan orang yang mempunyai akses kepada pasukan kerja di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan membawa mandat perdana menteri.
Kedua, katanya akses Jho Low terus dengan Najib yang beliau pernah nampak beberapa kali ketika beliau mempunyai pertemuan dan perbincangan dengan Najib berhubung 1MDB, Jho Low akan turut sama hadir.
“Saya sahkan kehadiran Jho Low bersama Datuk Seri Najib di beberapa tempat luar negara seperti di New York pada tahun 2013 dan di Abu Dhabi sekitar tahun 2013 dan 2014 apabila saya menghadiri majlis menandatangani (perjanjian) atau bermesyuarat dengan pihak pelabur luar,” katanya dalam penyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Ketiga Mohd Hazem berkata dalam beberapa mesyuarat tentang 1MDB dengan Najib di rumah bekas perdana menteri itu, beliau melihat Najib berbincang dengan Jho Low terlebih dahulu barulah Najib akan berjumpa dengannya.
“Setelah itu kami bertiga akan bermesyuarat tentang isu 1MDB yang Jho Low memainkan peranan aktif dalam perbincangan tersebut,” katanya.
Keempat, katanya pertemuannya dengan Jho Low adalah melalui Azlin yang diakui sendiri oleh Azlin bahawa Jho Low mewakili perdana menteri dalam 1MDB.
Kelima, katanya Jho Low telah menyusun orang-orang beliau (proksi) dalam 1MDB antaranya ialah Jasmine Loo dan Terence Geh iaitu untuk melantik pengurusan kanan perlulah diluluskan dan diperkenankan oleh Najib terlebih dahulu.
Sebab terakhir katanya Jho Low juga menyusun ahli lembaga pengarah (BOD) yang dipengerusi oleh Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, supaya kesemua aktiviti dalam 1MDB akan mudah diberi persetujuan oleh pihak BOD.
Mohd Hazem berkata Jho Low juga adalah individu yang akan menyusun, memanipulasikan dan mengatur semua keputusan, usahasama, pelaburan, kewangan dan penjanaan dana di luar negara membabitkan projek 1MDB yang dijadikan alat untuk mendapatkan dana bagi Najib dan UMNO.
Beliau berkata ini dinyatakan sendiri oleh Jho Low kepadanya dan Jho Low percaya kepadanya kerana beliau adalah kawan baik Azlin.
“Atas sebab itulah Jho Low selesa untuk bercerita dan mengarahkan saya melalui e-mel dan BBM (pesanan Blackberry) serta perbualan lisan,” katanya.
Beliau berkata Jho Low akan beroperasi dari belakang dan arahan beliau perlulah dipatuhi olehnya dan juga bekas CEO 1MDB sebelumnya Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Azmi Tahir, bekas pegawai kewangan 1MDB.
“Kami tiada pilihan lain dan terpaksa akur kerana ia adalah arahan daripada perdana menteri (Najib) juga iaitu orang yang paling berkuasa untuk membuat sebarang keputusan.
“Sekiranya tidak akur atau mematuhi arahan ini saya risau ia akan menjejaskan karier pekerjaan saya dan boleh dibuang kerja kerana perdana menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menggugurkan saya daripada syarikat ini.
“Selain itu saya juga risau sekiranya dianggap sebagai melawan arahan perdana menteri yang ia boleh menjejaskan karier pekerjaan saya yang saya mungkin tidak boleh bekerja dalam sektor awam dan sektor korporat,” katanya.
Beliau berkata Jho Low sendiri pernah mengingatkannya bahawa Najib menubuhkan 1MDB adalah untuk menjaga dana UMNO dan ini adalah satu daripada cara mendapatkan dana politik melalui syarikat yang diselia oleh perdana menteri sendiri.
“Saya sahkan semasa saya masih lagi bekerja di 1MDB, e-mel yang saya gunakan untuk perbualan ataupun urusan berkaitan syarikat 1MDB ialah hazemrahman@gmail.com.
Saya boleh sahkan e-mel yang Jho Low gunakan untuk berkomunikasi dengan saya ialah melalui alamat e-mel dealrainman1@gmail.com. Saya boleh sahkan e-mel tersebut adalah e-mel yang digunakan oleh Jho Low kerana arahan dan perbualan yang terlibat adalah sama dan konsisten dalam e-mel tersebut dengan perbualan melalui BBM (pesanan Blackberry) dan juga semasa perbincangan secara terus dengan Jho Low,” katanya.
Menceritakan perjumpaan pertamanya dengan Jho Low, Mohd Hazem berkata pada 15 Julai 2012 beliau telah berjumpa dengan Azlin dan Jho Low di Hotel Shangri La Putrajaya dan Azlin telah memperkenalkan Jho Low sebagai penasihat tidak rasmi kepada Najib yang menubuhkan 1MDB.
Saksi itu berkata dalam pertemuan itu, Jho Low memaklumkan kepadanya bahawa tujuan sebenar 1MDB ditubuhkan adalah untuk membantu UMNO melalui perniagaan melibatkan pelaburan strategik 1MDB tetapi beliau tidak menyatakan secara terperinci bagaimana cara beliau akan menggunakan 1MDB untuk membantu UMNO.
Katanya Azlin tidak bercakap banyak kerana perjumpaan ini sebenarnya adalah untuk mempertemukanya dengan Jho Low dan beliau (Jho Low) menceritakan sejarah dan latar belakang 1MDB termasuklah bagaimana beliau menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) dan menukar namanya kepada 1MDB.
“Beliau (Jho Low) tidak cerita secara mendalam tetapi secara kasarnya saya boleh menyimpulkan bahawa Jho Low dan Datuk Seri Najib adalah terlibat dalam penubuhan TIA sehinggalah 1MDB,” katanya.
Mohd Hazem berkata Jho Low juga memaklumkan kepadanya bahawa itu merupakan syarikat di bawah kendalian dan kehendak Najib yang sebarang keputusan dan kata putus adalah di bawah kuasa mutlak bekas perdana menteri itu.
“Jadi saya dapat gambaran dalam pertemuan itu bahawa saya perlu mendapatkan sebarang pelepasan daripada Jho Low dahulu jika bekerja di 1MDB. Datuk Azlin pun mengesahkan perkara tersebut. Inilah sebab sebenar pertemuan ini diadakan kerana selepas saya bertugas di 1MDB nanti saya perlu melaporkan sebarang keputusan dan mematuhi kehendak perdana menteri melalui wakil beliau iaitu Jho Low dan Datuk Azlin.
Datuk Azlin percaya saya kerana saya rakan lama beliau. Pada ketika itu saya telah mula rasa berbelah bahagi untuk bekerja kerana terlampau banyak keputusan melibatkan politik terpaksa saya akur sekiranya saya bekerja di 1MDB.
Namun saya tiada pilihan lain sebab, perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib telah menandatangani dan meluluskan pelantikan saya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) dan Pengarah Eksekutif (ED) di 1MDB,” katanya dan menambah beliau mula bekerja sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Operasi di 1MDB pada bulan Ogos 2012 selepas selesai menguruskan perpindahan dari syarikat Sime Darby.
Mohd Hazem seterusnya berkata bahawa Jho Low merupakan orang penting yang diletakkan oleh Najib dalam 1MDB sebagai penasihat khas 1MDB melibatkan pelaburan serta penjanaan dana dan perkara ini diberitahu sejak awal lagi semasa pertemuan pertamanya dengan Jho Low bahawa sebarang keputusan jika melalui mereka (Jho Low dan Azlin) adalah merupakan arahan Najib.
“Saya perlu akur kerana Jho Low memaklumkan bahawa semua dana yang diterbitkan melalui pelaburan 1MDB di luar negara adalah untuk kepentingan parti UMNO dan saya tidak boleh mempersoalkan perkara tersebut,” katanya.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
![Jho Low orang kanan Najib, wakil PM atur keputusan, kewangan 1MDB - saksi Jho Low orang kanan Najib, wakil PM atur keputusan, kewangan 1MDB - saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594826782_TBJHOLOW.jpg)
Bekas CEO 1MDB mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low merupakan orang kanan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mencaturkan hal ehwal urusan syarikat 1MDB. - Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib 1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733730362_NajibRazak.jpg)
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
!['Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib 'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733135706_NajibTunRazak.jpg)
'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.
![Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727339517_NajibRazakBekasP.jpg)
Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta
![Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727764479_tbMuhammadShafeeAb.jpg)
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
![1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela 1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808744_JhoLow.jpg)
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700133261_jasmineloojholow.jpg)
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.