Malaysia menggesa pihak berkuasa Indonesia melaksanakan segera tindakan pencegahan dan pemadaman kebakaran tanah dan hutan di Sumatera Tengah yang menyumbang kepada jerebu di negara ini sejak Ahad lepas.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata gesaan itu disampaikan menerusi surat yang dihantar oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan kepada rakan sejawatannya di Indonesia semalam.
"Surat itu ditulis bagi menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan bilangan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia yang telah menyebabkan jerebu di Semenanjung Malaysia semenjak 22 Jun lalu," kata Palanivel dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura melaporkan bilangan titik panas di Sumatera meningkat kepada 143 setakat semalam berbanding 129 pada Isnin.
Selain itu, sebanyak 25 titik panas turut dikesan di dalam negara iaitu di Pahang (12), Johor (4), Sarawak (3) dan masing-masing satu di Kedah, Kelantan, Melaka, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
"Kesemua titik panas yang dikesan di dalam negara akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya," katanya.
Setakat pukul 9 pagi ini, lapan kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu Putrajaya (112), Banting (108), Pelabuhan Klang (107), Shah Alam (106), Cheras (106), Nilai (104), Petaling Jaya (103) dan Batu Muda (103).
Palanivel berkata peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dipengaruhi oleh pencemaran jerebu rentas sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya ketika ini yang dijangka berlarutan sehingga September.
Menurutnya imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 18 yang dikeluarkan oleh ASMC semalam, menunjukkan tiupan angin membawa asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di wilayah Riau, Sumatera Tengah ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
"Dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera yang statik, habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal, berkumpul atau terperangkap dalam ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu," katanya.
Bernama
Wed Jun 25 2014
Jerebu: Malaysia gesa Indonesia segera cegah dan padam kebakaran di Sumatera
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
Marissa Wong 'gadis tandas' raih perhatian di TikTok
Pempengaruh angkat isu kebersihan tandas awam dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Jerebu: Malaysia gesa Indonesia segera cegah dan padam kebakaran di Sumatera
Gesaan itu disampaikan menerusi surat yang dihantar oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan kepada rakan sejawatannya di Indonesia.