SHAH ALAM: Sepanjang perjalanan dan 'pendaratan' Konvoi #RasuahBusters di lokasi persinggahan, setiap mata pasti akan tertumpu kepada sebuah jentera unik serta sasa milik Azlan Adnan.
Kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenama Pinzgauer milik bekas pengurus berusia 63 tahun itu ternyata membuka mata orang ramai yang kagum melihat jentera yang kebanyakannya hanya digunakan oleh pihak ketenteraan.
Kehadiran jentera jenis 716 M-P40 keluaran Austria tersebut bersama Konvoi #RasuahBusters menyemarakkan lagi aura jelajah di sekitar Lembah Klang yang berakhir baru-baru ini.
Selain bergambar, orang ramai juga diberi peluang oleh Azlan untuk menaiki jentera unik tersebut dan bergambar secara eksklusif di bahagian atas kenderaan yang dipanggil machine gun turret.
Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh orang ramai yang teruja dengan kenderaan tersebut yang dianggarkan terdapat kira-kira 397 buah di Malaysia.
Azlan mengakui dia begitu teruja untuk menyertai Konvoi #RasuahBusters bagi memerangi amalan rasuah di negara ini.
Bagi Azlan, dia sangat bertuah kerana diberi peluang untuk turut serta dalam misi penting menyebar mesej antirasuah kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Katanya, ia satu penghormatan buat dirinya biarpun mengalami masalah mata dan tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU), namun dia diberi peluang menyertai Konvoi #RasuahBusters menjelajah beberapa lokasi penting di Selangor dan Kuala Lumpur.
Tegas beliau, semangatnya sangat membara untuk menyertai Konvoi #RasuahBusters sebagai sukarelawan apabila program itu dibuka untuk disertai orang ramai.
"Saya sememangnya teruja untuk menyertai Konvoi #RasuahBusters dalam melaksanakan misi penting memerangi amalan rasuah di negara ini.
"Saya mungkin cacat penglihatan, namun saya 'tidak buta' untuk melihat apa yang berlaku dalam negara terutama isu rasuah yang semakin membarah.
"Atas sebab itu, saya sanggup meluangkan masa dan berkorban menyemarakkan lagi misi Rasuah Busters bagi menyampaikan mesej antirasuah kepada orang ramai terutama di peringkat akar umbi," katanya kepada kru Rasuah Busters pada Ahad.
Azlan ialah OKU yang mempunyai masalah penglihatan apabila sel mata berkurangan sejak setahun lalu.
Ekoran masalah tersebut, dia perlu memakai cermin mata khas bagi mengelakkan cahaya terlalu banyak masuk ke dalam anak mata.
Pinzgauer yang menjadi buruan collecter items itu kini digunakan Azlan untuk bercucuk tanam pertanian organik yang diusahakannya.
Kata Azlan, dia mengeluarkan modal sebanyak RM125,000 bagi membeli Pinzgauer yang menjadi idamannya sejak dahulu lagi.
Katanya, dia membeli jentera tersebut daripada seorang pemilik kedai membaiki kenderaan di Balakong, Selangor sejak lima tahun lalu.
Menurut beliau, kenderaan yang menjadi buruan collecter items itu kini digunakan untuk bercucuk tanam pertanian organiknya yang dikenali sebagai Foodscape Volunteers.
Sebagai pengasas Foodscape Volunteers, tanaman Azlan tidak menggunakan baja kimia dan racun perosak.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 14 2021
Azlan membeli Pinzgauer daripada seorang pemilik kedai membaiki kenderaan di Balakong, Selangor sejak lima tahun lalu. - Foto Sinar Harian
It's About YOUth: Shaping the Future: Girls in Robotics
Nuha Amani and Nuha Rumaisa from Tunku Kurshiah College's Team Ensis Kogeki wowed the nation with their stunning match victory in Japan. They share their passion for robotics and hope to inspire more young girls to dive into STEM and robotics.
AWANI Tonight: Japanese PM Ishiba calls for stronger ASEAN cooperation
Japanese Prime Minister Shigeru Ishiba emphasised the need to strengthen ties with ASEAN, following talks with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim in Putrajaya today.
AWANI Tonight: 2024 first year to pass 1.5 °C limit
The year 2024 is officially the hottest ever recorded with global temperatures 1.6 °C above pre-industrial levels, surpassing the previous record set in 2023 and crossing a critical climate threshold.
AWANI Tonight 10 Jan 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Japan PM calls for stronger ASEAN collaboration during visit to Malaysia
2. 2024 first year to pass 1.5 °C limit
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Japan PM calls for stronger ASEAN collaboration during visit to Malaysia
2. 2024 first year to pass 1.5 °C limit
#AWANIEnglish #AWANINews
Kota Tinggi kembali dilanda banjir, 8 PPS dibuka
Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi, selepas daerah itu dilanda banjir di beberapa kawasan susulan hujan lebat tanpa henti sejak jam 7 pagi tadi.
AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.
AWANI Ringkas: Jenayah AMLA | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Jentera Pinzgauer jadi tumpuan Konvoi #RasuahBusters
Selain bergambar, orang ramai diberi peluang menaiki jentera unik tersebut dan bergambar secara eksklusif di bahagian atas kenderaan.