KUALA LUMPUR: Semua jentera pengurusan bencana diarahkan supaya bersedia secara optimum bagi menghadapi sebarang kemungkinan, sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan pada musim Monsun Timur Laut (MTL).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid berkata mesyuarat Task Force Persediaan Menghadapi MTL 2022/2023 dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 3 Oktober lepas membincangkan mengenai kemungkinan PRU15 diadakan sewaktu MTL.
"Taskforce ini akan memperhalusi langkah-langkah yang perlu diambil," katanya menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Khoo ingin tahu sama ada perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diadakan bagi menghadapi PRU15 semasa banjir, serta kesesuaian melaksanakannya pada musim itu.
Berdasarkan rekod, Mastura berkata pilihan raya umum pernah diadakan pada November 1999 dan terbaharu semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 18 Disember 2021.
Mastura berkata kebajikan 33 juta Keluarga Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan serta Perdana Menteri, dan kerajaan tentu sekali akan mengambil kira pandangan semua agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan SPR sebelum membuat sebarang keputusan.
"Saya yakin sebarang keputusan untuk mengadakan PRU adalah di bawah kebijaksanaan Perdana Menteri untuk mengangkat sembah perkara ini kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan cuaca dan untuk menghadapi MTL 2022/2023, kerajaan mengambil langkah termasuk dari aspek prabencana, persediaan tindak balas bencana dan penyelarasan pasca bencana.
Antaranya, melaksanakan program simulasi dan sesi libat urus di seluruh negara bagi memantapkan persediaan jentera pengurusan bencana di setiap peringkat.
Bagi aspek pengurusan mangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bersiap sedia untuk mengaktifkan 6,010 pusat pemindahan sementara di seluruh negara yang mempunyai kapasiti untuk menempatkan 1,620,855 mangsa.
Beliau menjawab soalan asal Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) mengenai persediaan kerajaan bagi menghadapi kemungkinan banjir pada lewat tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Berdepan MTL kali ini, kerajaan mengambil langkah termasuk dari aspek prabencana, persediaan tindak balas bencana dan penyelarasan pasca bencana. - Gambar hiasan/Bernama
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.
Semua agensi pengurusan bencana disalur maklumat lengkap - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sentiasa menyalurkan maklumat lengkap mengenai cuaca dalam negara untuk dijadikan panduan tindak balas bencana kepada semua agensi pengurusan bencana.
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Kedah meningkat
Di Perak, jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,191 orang malam ini berbanding 1,170 petang tadi.
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.
PBB beri ancaman 'bencana yang semakin hampir' di Asia Barat
"Tiada penyelesaian ketenteraan yang akan membuat mana-mana pihak lebih selamat."
Singapura sumbang AS$100,000 untuk usaha bantuan banjir Bangladesh
Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan segera masyarakat terjejas akibat bencana alam berkenaan.
ASEAN perlu perkukuh kerjasama dengan komuniti tempatan bagi penyelesaian bencana
ASEAN mesti memperdalam kerjasama dengan komuniti tempatan, termasuk pertubuhan masyarakat sivil (CSO) untuk memanfaatkan kepakaran mereka dalam memperkasakan komuniti dan mempromosikan penyelesaian b
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza
Amaran telah dikeluartkan tentang bencana alam sekitar baharu di kem-kem perlindungan berkenaan kudis dan penyebarannya.
Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat pihak berkuasa tempatan.